Thursday, March 26, 2015

TEKANAN!

Tertekan.
Senja ni tertekan kunci keyboard menulis kata-kata luahan rasa yang terpendam di jiwa bagaikan nak runtuh tenggelam dek beratnya pendaman yang membara.
Apa tu? ==''

Jujur. Lately, i've been i've been losing sleep. Dreaming about the things that we could be. Hah, ternyanyi pulak. Okay back to the topic.

Tekanan. Pressure. Stress.

Aku tak tahu sebab secara spesifik kenapa sejak kebelakangan ni aku rasakan diri aku terumbang-ambing di lautan keresahan. Aku cuba mencapai kayu hanyut yang mendekati diriku tapi lama-kelamaan kayu itu makin terhakis lantas menyedarkan diri aku bahawa hayat aku makin sampai ke titik akhir. Dush, tersedar dari lena.

Saat diri ini tengah hanyut dibuai keselesaan tepukan manja sang nafsu yang bermaharajalela, Allah menjentik hati aku untuk sedar bahawa tepukan manja sang nafsu hanyalah akan membunuh diriku dalam lena yang lama tapi tidak memberi apa-apa kebaikan pun kepada aku.




Aku sedar.
Apabila hatiku sudah tidak berasa tenang dan sentiasa dahagakan curahan ilmu dan perkongsian rasa untuk menghilangkan dahaga, hatiku menunjukkan tanda-tanda dehydration. Extreme dehydration.

Aku sedar.
Apabila aku sudah mula serabut melihat timbunan kerja yang menanti untuk diselesaikan dan senarai amanah yang digendong di bahu, fikiranku bercelaru, sel-sel otak tengah shuffle bermain dengan riang-gembira tanpa peduli risiko berbelit-belit yang akan berlaku.

Aku sedar.
Apabila diri tidak mahu bergegas ke sejadah untuk sujud pada Yang Esa saat mendengar laungan azan, hati aku bagaikan diconteng arang dosa yang buruk karyanya terpalit di dinding hati.

Aku sedar.
Apabila tarikan graviti katil empuk sangat kuat daya tarikannya kepada aku sehinggakan tidak mampu meleraikan ikatan syaiton pada dinihari, imanku berada pada tahap yang nipis senipis kulit dim sum yang cantik membungkus inti yang dapat dilihat dari luar, malah lebih nipis lagi sehinggakan apabila dipegang, ia terus terbuka memuntahkan isi.

Aku sedar.
Apabila aku mula jauh daripada sahabat-sahabat aku, rakan perjuangan dakwah, mahupun rakan perjuangan akademik, sifat keterbukaan aku sudah mula tertutup perlahan-perlahan, ibarat pintu lif yang ditekan butang tutup apabila bersedia untuk bergerak.

Aku sedar.
Apabila aku seringkali ditegur kerana nampak lesu dan tidak bersemangat ditambah pula dengan cuti sakit yang banyak, aku dilanda sifat kemurungan mencari identiti dan kekuatan konkrit yang padu sepadu kubu tentera Al-Fateh saat menawan Konstantinopel.

Dan akhirnya aku sedar. Ya aku sedar.
Bahawa aku ada Allah yang kasih sayang Nya melimpah ruah tak terjangkau oleh fikiran serta sifat PengampunNya yang sangat pemurah.

Kekuatan itu dari Allah dan aku perlu berdoa memohon kekuatan serta berusaha untuk terus kuat meghadapi mehnah yang diberikan.

Aku ingin bebaskan diriku dari belitan sel-sel otak, dari tarikan katil empuk, dari extreme dehydration, dari kenipisan iman dan dari kemurungan (?) yang entah bila akan berakhir jika aku sendiri tidak berusaha.

Bebaskan bebaskan tak mampu bertahan lagi.

Tekanan memberikan satu perspektif positif jika aku sedar dan kini
aku sedar.


BintangHati
26.3.15
.
.
.

"Hmm duk risaukan orang lain kuat tak, diri sendiri pun masih mencari kekuatan. Takpe, Allah ada"

Thursday, March 5, 2015

Untuk Kamu Dari Aku

Coretan ini dari hati, yang tak bisa diluahkan segala isi hanya dengan bicara sendiri.


Aku jatuh. Diuji dengan ujian hebat dari Yang Maha Esa.
Tapi itu nikmat. Nikmat yang besar Allah berikan kepada diriku.

Takdir Allah, aku menerima ujian yang sangat hebat di saat diri dilanda kekusutan dan keserabutan.
Kusut dengan segala kerja, kusut dengan diri, kusut dengan dosa.

Tiga hari masa yang cukup singkat tapi memberiku seribu,. tidak, sejuta pengajaran dalam hidup aku. Aku sedar tentang  nilai sahabat, nilai kasih sayang dan nilai CINTA Allah kepada aku.


Siapa yang mengawal hati?
Ya, Allah yang berkuasa menggerakkan hati manusia.

Aku bersyukur, sepanjang masa aku menempuhi ujian, aku dikurniakan insan-insan yang sangat istimewa dalam hidupku.
Sanggup berkorban masa dan tenaga untuk diriku, walau sekecil-kecil hama, tapi sebesar-besar dunia bagi aku.

Dan aku sedar cinta dari manusia ini datangnya dari suntikan cinta Ilahi, Pengawal hati.

Terlantar di atas katil empuk sunyi, kesejukan sendiri ditemani kakak disisi melahirkan satu kerinduan kepada sahabat. Namun hati ini menginsafi apa yang terjadi pada diri adalah hikmah yang besar dari Ilahi.

Allah tidak akan takdirkan sesuatu dengan sia-sia.
Ya, aku berpegang pada kata-kata itu. Aku yakin, Allah punyai rencana yang hebat untuk aku. Aku harus berusaha menjadi hamba yang setia dan taat kepadaNya.

Semestinya, menjadi hamba yang sentiasa beryukur dengan nikmatNya.

Tidak lah sempurna hidupmu tanpa ujian dari Tuhanmu.
Ujian itu tanda cinta Allah kepadamu.

Hargai lah insan di sekelilingmu, mereka adalah insan yang mesti kita hargai kerana kehadiran mereka bukan pada keinginan kita tapi pada ketentuan Allah yang Maha Esa.

Cinta bukan memilih tapi hargai yang dipilih.

5 Mac 2015
-BintangHati
.
.
.
Cinta bukan memilih tapi hargai yang terpilih.