Tuesday, June 9, 2015

SI BAJU MERAH Pt.1


Pagi itu hujan.
Miftah baru sahaja menjejakkan kaki keluar dari kawasan kolej asrama nya untuk ke kuliah.

"Allah, payung tak bawak pulak"

Dia mempercepatkan langkahnya untuk ke laluan pejalan kaki berbumbung. Apabila melewati kawasan kafeteria, tanpa disangkanya..

"Dush!"

Dia selamat mendarat di atas lantai yang licin dibasahi hujan.
Beberapa pasang mata memandangnya.

"Allahuakbar. Macam mana boleh jatuh ni..."

Dalam kepayahan untuk berdiri, dia terpandang kain baju kurungnya terselak menampakkan sedikit bahagian kakinya. Sepantas kilat, Miftah menarik kainnya untuk menutup auratnya itu. Lama juga dia bergelut untuk bangun dek kerana lantai yang sangat licin dan kasut kuliahnya yang telah botak tapaknya.
Dia menyapu-nyapu bajunya dan menyusun kembali nota-nota yang telah konyot. Baru sahaja dia ingin menyambung langkahnya yang tertunda tadi, dia terpandang insan yang dia kenali juga memandangnya. Mukanya bertukar merah. 
Dia malu!!

Miftah mengalihkan pandangannya dan terus berlalu ke kuliah dengan langkah yang berhati-hati. Dia tidak ingin pisang berbuah dua kali.

------------------------------------------------------
Pintu dewan kuliah dikuak, berduyun-duyun pelajar keluar untuk menuju ke destinasi masing-masing. Miftah duduk di bangku di hadapan dewan kuliah, menantikan Hanis, sahabat karibnya untuk pulang ke kolej asrama bersama-sama. 

Mindanya menerawang. Hatinya berdegup kencang mengingatkan kejadian yang menimpanya tadi. Apa yang dikisahkannya bukanlah malu dek terjatuh tapi hatinya yang serba tidak keruan kerana pandangannya dicuri oleh insan itu, si baju merah. 

"Ya Allah yang membolak balikkan hati, tetapkan hatiku di jalan Agama-Mu"

Si baju merah, itulah insan yang mampu membuatkan hatinya berdebar-debar dan membawanya ke khayalan yang indah. Kadangkala dia hanyut tapi kasih Allah menyentak hatinya lantas dia kembali mengingat akan hakikat bahawa perasaan yang dialaminya hanyalah indah dek dibuai nafsu syaitan semata-mata. 
Baginya perasaan ini adalah fitrah tetapi dia perlu pandai mengawalnya. Sebelum ini dia sering memberi nasihat hati kepada adik-adik usrahnya tapi kini apabila dia mengalaminya, dia sendiri tidak mampu menasihati hatinya. 
Satu keluhan terbit dari mulutnya. 

"Eh kenapa mengeluh ni? Aku lambat sangat eh. Sorry la, kelas aku habis lewat sikit tadi.."
Hanis tersengih memandang sahabatnya.

"Takdelah, bukan sebab kau pun. Hee. Dahla jom, aku lapar"
"Jom"


Mereka berdua berjalan seiring menuju ke kafeteria sambil berborak hal masing-masing. Kadang terdengar gelak kecil dari mereka apabila ada yang berceloteh. Persahabatan mereka ibarat kakak dan adik. Walaupun Hanis berumur tua setahun dari Miftah, tetapi ukhuwah mereka seperti melupakan jarak umur antara mereka. 

Apabila melalui laluan pejalan kaki, satu suara menyapa mereka dari belakang.

"Er, assalamualaikum Miftah."

"Waalaikumussalam...."
Miftah menoleh.

Berderau darah Miftah melihat 'si baju merah' terpacak di belakang mereka. Dia mengawal riak muka dan menyambung,

"Ya Hadif?"
"Tolong sampaikan dokumen ni kat Suraya boleh?"
"Oh, okay insyaAllah"

Hadif mengukir senyum. Lantas Miftah melarikan pandangannya, risau hatinya tergugat dengan senyuman itu.

'Istighfar hati, istighfar.'

--------------------------------------------

"Akak, ini ada dokumen dari Hadif"

Kak Suraya, naqibah usrah Miftah yang sentiasa menjadi tempat luahan hatinya mengambil fail di tangan Miftah.
"Terima kasih. Dah lama akak tunggu dia bagi."
Miftah tergelak kecil apabila Kak Suraya mencemik muka.

"Akak, boleh saya tanya sesuatu tak?"

"Boleh, apa-apa saje"

"Akak pernah sukakan seseorang?"

"Maksud suka dalam bentuk.... cinta?"

"Err ya kot"

"Haa kenapa adik akak ni, jatuh cinta ke?"
Kak Suraya tergelak kecil melihat muka Miftah merah padam.

"Kalau tak tipu, akak pernah."

Miftah mengangkat muka. Tak sangka, Kak Suraya yang tampak pendiam itu juga pernah jatuh cinta. Eh, tak boleh ke?
Miftah bermonolog.

"So.. apa jadi?"
"Apa jadi apa?"
"Lepas akak suka dia? Apa jadi?"

"Ohh. Nothing, tapi.. dia dah selamat berumah tangga sekarang, hehe"

"Eh? Akak tak sedih ke?"

"Laa kenapa pulak.."
Kak Suraya membetulkan duduk.

"Miftah, akak takkan tanya awak, awak sukakan siapa atau awak jatuh cinta kat siapa tapi nasihat akak, cintailah dia kerana cinta awak kpd Allah bukan cinta padanya semata"

Miftah tersentak. Eh, ni dah revert cerita kat aku.

"Em, maksud akak?"

"Dik, kalau awak cinta dia kerana rupa dia, kerana cara layanan dia, sifat dia semata-mata akak takut awak kecewa suatu hari nanti. Tapi, kalau awak cinta dia kerana cinta awak kpd Allah, which means awak sedar bahawa cinta dia boleh sampaikan awak kepada cinta Allah, insyaAllah awak takkan kecewa kalau awak tak dapat cinta dia"

"Too much cinta words kak, hihi"
"Haha. did I make it complicated? Okay, let's make it simple. Awak tahu cinta yang paling best tu drpd siapa?"

"Allah of course"

"Yep, that's why, kalau awak truly love the greatest love, which the Master, King, Ruler of love, won't you get the small love from His slaves?"

Pause. Miftah cuba hadam bait perkataan Kak Suraya.

"Hmm true. I think I get it kak"
"Soo I nailed it?"
"Quite la kak hihi"
"More curiosity?"
"Macam mana nak jaga perasaan ni, bear with this emotions?"

"If you are not ready to go and face him to tell the truth, bercinta lah dengan Pemilik Cinta dulu"
"Eh? Couple dosa kak"
"Haha. Innocent pulak adikku ni. Bercinta dengan Tuhan sayang"

"Bercinta dengan Tuhan?" 

Friday, June 5, 2015

No, I don't want this to be over


Kita dah banyak kongsi cerita, dah banyak bergelak ketawa, banyak luah rahsia, saling menumpang bahu untuk tangisan kita. Akhirnya, kita harus melepaskan satu sama lain?
.......

Kata-kata itu terngiang di telinga Nia, sungguh dia rindu pada suara itu;

       "Aku mula jumpa kamu...", Dila membuka bicara, dia memandang tepat wajah sahabatnya itu seraya menyambung, "masa tu aku masih bodoh-bodoh tak tahu apa itu erti berganding bahu. Apatah lagi erti ukhuwah dan perjuangan beribu batu. Senyum yang kau berikan aku balas dengan riang. Aku yakin aku telah jumpa teman yang akan bawa aku ke jannah dan gapai mardhatillah. Kamu, ya kamu yang sentiasa ada disisi aku. Masa aku kecewa kau angkat kembali semangat aku. Masa aku sedih kau hulur bahu dan pelukku erat. Aku dapat rasa kan itu. Kasih sayang yang kau hulur, yang tulus walau kau tak pernah tutur... tapi..."

Dia melepaskan nafas berat. Tanpa disedari air matanya meluncur laju. Tiada bicara yang mampu dituturkan lagi. Nia memegang kedua belah bahu sahabatnya itu. 

"Pandang mata aku Dila"

Senyum. Dila memandang sayu wajah Nia sambil teresak-esak mengelap air matanya.

" Sudah habis bicara kau? Ada apa-apa lagi yang ingin kau sampaikan?"

Dila menggeleng.

"Dila, sahabat yang aku sayang. Jika ingin diluahkan dengan kata-kata, tak terungkap semua yang tersimpan di dalam lubuk hatiku. Aku tahu Dila, kau sangat menangisi perpisahan ini tetapi bagaimana pula aku?  Hati aku lebih berat menanggung beban untuk meninggalkan kamu. Kau yang aku sapa pada mula kita bersua. Kau yang aku belai bila kau kesunyian dan kau juga yang sentiasa mengingatkan aku kepada Allah. Kita telah bersama dalam medan tarbiyah, telah berpenat lelah dalam berjuang. Aku tak mampu tanpa kau Dila...."

"Maka tidak haruslah kita berpisah!?"
Dila memandang tajam ke mata Nia, Hatinya remuk sekali.

"Sahabatku... benar, Allah telah berfirman dalam Surah As-Saff bahawa Allah menyukai orang mukmin yang berperang di jalan Allah dalam satu saff yang ibarat bangunan yang tersusun rapi. Tapi Dila, hanya aku kah insan yang ada dalam perjuangan ini? Hanya aku kah yang mampu untuk terus membuat mu istiqamah dalam medan ini? Lupakah dikau kepada Sirah Rasulullah SAW apabila wafatnya Nabi SAW, Allah telah berfirman:

 "Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu akan berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak akan merugikan Allah sedikit pun. Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur"  (Surah Al-lmran: ayat 144) 

Ingat kembali bagaimana penat lelahmu untuk sampai ke tahap ini. Apa matlamatmu sahabat, adakah hanya akan terus berjuang bila aku disisimu? Jika Islam yang kau perjuangkan dan Allah yang dikau sayang, percayalah, cinta dan perjuangan mu adalah hakiki. Aku pergi bukan selamanya, hanya menjauh darimu untuk sedikit masa sehingga suatu masa yang Allah tetapkan untuk kita bersua. Percayalah sahabatku, dikau sudah cukup hebat untuk berada di medan ini bersama yang lain, tanpa aku. Tanpa aku, tetapi tetap bersama mereka. Tiada aku bukan bermakna tiada perjuagan sayang..."

Nia cuba menahan sebak tetapi titisan jernih dari matanya gugur jua. Dia memeluk erat sahabatnya yang masih sirna dengan kata-kata yang dituturkan Nia. 
Akhirnya Dila menuturkan,

"Nia, ketahuilah dikau akan menjadi sahabat sejatiku sehingga ke syurga. Terima kasih untuk perkenalan ini, terima kasih untuk kasih sayangmu. Aku bersyukur Allah menemukan aku dengan dikau Nia. Aku memilih cintaNya untuk terus thabat Nia. Semoga Allah pertemukan kita di satu masa yang indah buat kita berdua. Aku mohon ampun daripada kau untuk segala salah silapku..."

"Aku maafkan sahabat, semoga bertemu lagi. Perpisahan ini perit tapi indah dengan barakah"

---
Nia menyapu air mata yang berbekas di pipinya, bimbang dilihat orang ramai yang berekreasi di Hyde Park, di bumi Kota London. Dia membuka sepucuk kertas ditangannya.


Nukilan buat sahabatku...

Kau kenalkan aku dengan tarbiyah
Yang asing dan pusing bagi aku
Si anak muda yang mentah dalam dakwah
Apatah lagi perjuangan berliku

Kau belai aku dengan impian
Impian yang beri aku semangat baru
Agar aku terus berjalan
Menempuh ujian di hari baru

Kau sapu tangisanku
Kala aku diam dan lesu
Dengan perjuangan yang makin kelabu
Di mataku yang mula layu

Kau bangkitkan aku dengan harapan
Walau aku sudah perit berjalan
Namun kau yakinkan dengan senyuman
Kau kan terus temaniku berjuang

Kau tuturkan sayang
Dan nasihat yang berpanjangan
Dikala aku tersasar dari jalan
Juga terlupakan asal tujuan

Sahabat,
Aku pilih cintaNya kerana ku cintakan kamu
Semoga Allah melindungimu.

Dila
Sg Soi, Pahang

Nia tersenyum. Dia masih teringat Dila pernah mengucapkan kepadanya;

"No, I don't want this to be over"

Nia membalas dengan senyuman riang,

"There will never be an over for us. It's just Allah want us to be apart to feel the needs of each other. La Tahzan"

Allah telah menitipkan cinta dan sayang kepada hamba-hambaNya untuk terus membina ukhuwah yang akan perkuatkan jalan dakwah. Nilai ukhuwah tidak ternilai dengan wang mahupun harta.

"Allah, lindungilah dia" 

Doa Nia di dalam hati.

Thursday, March 26, 2015

TEKANAN!

Tertekan.
Senja ni tertekan kunci keyboard menulis kata-kata luahan rasa yang terpendam di jiwa bagaikan nak runtuh tenggelam dek beratnya pendaman yang membara.
Apa tu? ==''

Jujur. Lately, i've been i've been losing sleep. Dreaming about the things that we could be. Hah, ternyanyi pulak. Okay back to the topic.

Tekanan. Pressure. Stress.

Aku tak tahu sebab secara spesifik kenapa sejak kebelakangan ni aku rasakan diri aku terumbang-ambing di lautan keresahan. Aku cuba mencapai kayu hanyut yang mendekati diriku tapi lama-kelamaan kayu itu makin terhakis lantas menyedarkan diri aku bahawa hayat aku makin sampai ke titik akhir. Dush, tersedar dari lena.

Saat diri ini tengah hanyut dibuai keselesaan tepukan manja sang nafsu yang bermaharajalela, Allah menjentik hati aku untuk sedar bahawa tepukan manja sang nafsu hanyalah akan membunuh diriku dalam lena yang lama tapi tidak memberi apa-apa kebaikan pun kepada aku.




Aku sedar.
Apabila hatiku sudah tidak berasa tenang dan sentiasa dahagakan curahan ilmu dan perkongsian rasa untuk menghilangkan dahaga, hatiku menunjukkan tanda-tanda dehydration. Extreme dehydration.

Aku sedar.
Apabila aku sudah mula serabut melihat timbunan kerja yang menanti untuk diselesaikan dan senarai amanah yang digendong di bahu, fikiranku bercelaru, sel-sel otak tengah shuffle bermain dengan riang-gembira tanpa peduli risiko berbelit-belit yang akan berlaku.

Aku sedar.
Apabila diri tidak mahu bergegas ke sejadah untuk sujud pada Yang Esa saat mendengar laungan azan, hati aku bagaikan diconteng arang dosa yang buruk karyanya terpalit di dinding hati.

Aku sedar.
Apabila tarikan graviti katil empuk sangat kuat daya tarikannya kepada aku sehinggakan tidak mampu meleraikan ikatan syaiton pada dinihari, imanku berada pada tahap yang nipis senipis kulit dim sum yang cantik membungkus inti yang dapat dilihat dari luar, malah lebih nipis lagi sehinggakan apabila dipegang, ia terus terbuka memuntahkan isi.

Aku sedar.
Apabila aku mula jauh daripada sahabat-sahabat aku, rakan perjuangan dakwah, mahupun rakan perjuangan akademik, sifat keterbukaan aku sudah mula tertutup perlahan-perlahan, ibarat pintu lif yang ditekan butang tutup apabila bersedia untuk bergerak.

Aku sedar.
Apabila aku seringkali ditegur kerana nampak lesu dan tidak bersemangat ditambah pula dengan cuti sakit yang banyak, aku dilanda sifat kemurungan mencari identiti dan kekuatan konkrit yang padu sepadu kubu tentera Al-Fateh saat menawan Konstantinopel.

Dan akhirnya aku sedar. Ya aku sedar.
Bahawa aku ada Allah yang kasih sayang Nya melimpah ruah tak terjangkau oleh fikiran serta sifat PengampunNya yang sangat pemurah.

Kekuatan itu dari Allah dan aku perlu berdoa memohon kekuatan serta berusaha untuk terus kuat meghadapi mehnah yang diberikan.

Aku ingin bebaskan diriku dari belitan sel-sel otak, dari tarikan katil empuk, dari extreme dehydration, dari kenipisan iman dan dari kemurungan (?) yang entah bila akan berakhir jika aku sendiri tidak berusaha.

Bebaskan bebaskan tak mampu bertahan lagi.

Tekanan memberikan satu perspektif positif jika aku sedar dan kini
aku sedar.


BintangHati
26.3.15
.
.
.

"Hmm duk risaukan orang lain kuat tak, diri sendiri pun masih mencari kekuatan. Takpe, Allah ada"

Thursday, March 5, 2015

Untuk Kamu Dari Aku

Coretan ini dari hati, yang tak bisa diluahkan segala isi hanya dengan bicara sendiri.


Aku jatuh. Diuji dengan ujian hebat dari Yang Maha Esa.
Tapi itu nikmat. Nikmat yang besar Allah berikan kepada diriku.

Takdir Allah, aku menerima ujian yang sangat hebat di saat diri dilanda kekusutan dan keserabutan.
Kusut dengan segala kerja, kusut dengan diri, kusut dengan dosa.

Tiga hari masa yang cukup singkat tapi memberiku seribu,. tidak, sejuta pengajaran dalam hidup aku. Aku sedar tentang  nilai sahabat, nilai kasih sayang dan nilai CINTA Allah kepada aku.


Siapa yang mengawal hati?
Ya, Allah yang berkuasa menggerakkan hati manusia.

Aku bersyukur, sepanjang masa aku menempuhi ujian, aku dikurniakan insan-insan yang sangat istimewa dalam hidupku.
Sanggup berkorban masa dan tenaga untuk diriku, walau sekecil-kecil hama, tapi sebesar-besar dunia bagi aku.

Dan aku sedar cinta dari manusia ini datangnya dari suntikan cinta Ilahi, Pengawal hati.

Terlantar di atas katil empuk sunyi, kesejukan sendiri ditemani kakak disisi melahirkan satu kerinduan kepada sahabat. Namun hati ini menginsafi apa yang terjadi pada diri adalah hikmah yang besar dari Ilahi.

Allah tidak akan takdirkan sesuatu dengan sia-sia.
Ya, aku berpegang pada kata-kata itu. Aku yakin, Allah punyai rencana yang hebat untuk aku. Aku harus berusaha menjadi hamba yang setia dan taat kepadaNya.

Semestinya, menjadi hamba yang sentiasa beryukur dengan nikmatNya.

Tidak lah sempurna hidupmu tanpa ujian dari Tuhanmu.
Ujian itu tanda cinta Allah kepadamu.

Hargai lah insan di sekelilingmu, mereka adalah insan yang mesti kita hargai kerana kehadiran mereka bukan pada keinginan kita tapi pada ketentuan Allah yang Maha Esa.

Cinta bukan memilih tapi hargai yang dipilih.

5 Mac 2015
-BintangHati
.
.
.
Cinta bukan memilih tapi hargai yang terpilih.