Showing posts with label Bedah Lagu. Show all posts
Showing posts with label Bedah Lagu. Show all posts

Thursday, January 22, 2015

Bedah Lagu : Hanyut

Bismillah. Assalamualaikum.

Kali ni, saya nak kongsi apa yang difahamkan daripada lagu 'Hanyut'. Bukan nyanyian Faizal Tahir tapi dendangan all-time favourite UNIC :)
Meh kita tengok liriknya.

(1)
Dicipta dari segumpal darah,
jelma seraut wajah,
rahsia agungnya kudrat Tuhan.

(2)
Dan dihembuskan nyawa,
diikatkan janji,
tunduk hanya kepadaNYA.

(3)
Namun hakikatnya hidup sarat pesona dusta,
dugaan tuk menguji kehambaan,
tiada tempat berlindung dari fitnah dunia,
selain perlindunganNYA.

(4)
Berkurun terukir sejarah alpa,
manusia dihanyut indah yang fana,
terlupa pada fitrah wujudnya,
hanya ditaraf hamba.

(5)
Tenggelam pada bisikan dunia,
tak sedar langkah mudik ke sengsara,
tergoda pada hasut sengketa,
rebut fatamorgana.

(6)
Telah disuluhkan laluan,
diberi segala pedoman,
seiring akal dan fikiran,
mengapa kehilangan.

(7)
Telah tertulis pengakhiran,
pada selembar takdir insan,
jiwa yang penuh penyerahan,
Itu yang dijanji syurga.

[kredit]

Baca dah? Apa yang anda faham agaknya ya? Hmm. Kalau lah boleh tahu. huhu. Cuba anda hadam lirik ini sebelum baca apa yang saya faham ^^

Ok lah. saya kongsikan apa yang saya dapat dari lagu ni ya.



       Bagi saya lagu ni mempunyai flow cerita yang baik dan membawa maksud yang sangat mendalam. Orang kata, simple dan padat gituh. Lets see.
Daripada rangkap (1), ia mengisahkan bahawa manusia telah diciptakan dari segumpal darah seperti mana firman Allah SWT:
                                              خَلَقَ ٱلْإِنسَٰنَ مِنْ عَلَقٍ
                                            "Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah." (96:2)

Kemudian daripada penciptaan itu,  proses nya berterusan sehingga lengkaplah ciptaan yang sempurna, bukti keagungan Allah Azza Wajalla. Setelah itu, dihembuskan nyawa ke dalam ciptaan itu (2) dan manusia mengikat janji kepada Allah SWT. Janji? Ya.
Sebelum menjejakkan kaki ke dunia, manusia telah mengikat janji dengan Allah SWT sepertimana firman Allah:

"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini"
(7:172)

Janji apa? Janji untuk tunduk kepada Allah, untuk patuh dan taat dengan suruhan Allah dan menjadi hamba yang menegakkan kalimah tauhid. Ingat tak kita pernah berjanji? Tak ingat? Baca dan hadam ayat ni ya :)

Rangkap (3) menyatakan hakikat hidup manusia ini penuh dengan fitnah, dusta, godaan-godaan yang sememangnya ditembak oleh syaitan untuk menghasut manusia. Sememangnya hidup ini tidaklah akan semudah yang disangka kerana apa? Berjuang itu pahit kerana syurga itu manis. For something big we need to sacrifice right? Maka dengan dugaan-dugaan ini lah yang akan menguji kehambaan kita, menguji kekuatan pegangan janji kita kepada Allah.

Thursday, October 30, 2014

Bedah Lagu: Di Sebalik TEPi SiKiT

Tepi sikit. Kalau anda tahu apa yang saya maksudkan, terima kasih. Jika tidak, tidak mengapa. Saya hormat.

Melodi lagu ini sudah lama diperdengarkan di corong radio, tapi tergerak hati saya untuk mendalami lirik yang cuba disampaikan. Hmm curious juga.

Jadi apa yang disebalik 'tepi sikit'?

Rentak lagunya rancak, tak tertangkap bait lirik yang dilagukan. selepas melihat kepada liriknya, saya mendapat sesuatu, yang bagi saya cukup bagus untuk dijadikan lirik memberi harapan.

Kenapa saya katakan begitu? saya memetik beberapa potong dari lirik lagu ini dan saya akan cuba perjelaskan kepada anda apa yang saya faham. Boleh kan? :)

Apa yang kau mahu
Semua ku beri
Apa yang kau mahu
Mahu apa lagi
Bagaimana aku pula
Aku serik
Jadi ku ingin jalan sana
Tolong tepi sikit



tapi sekarang memang jelas, wang tidak boleh beli class
Duit tidak boleh beli masa


Biar yang lalu jadi yang lalu
Apa yang jadi hari esok, itu esok baru tahu


Kau ada tau kisah ke
Atau kau saja nak buruk sangka
Yang buruk sangka tu tolong simpan kata kata sebelum terlebih belanja



Tak salah yang aku pernah cuba
Yang pernah gagal
Berdiri semula



Kita sudah dewasa, dewasa pun nak merajuk?
Ku sudah kata kalau hidung tinggi, tak lihat apa di bawah



Aku tak sanggup tahan buat selamanya
yeah, sebaiknya aku mempunyai rencana

dan aku sedia, aku rela
melukakan segalanya dan aku sudah berubah


Secara overall nya, apa yg saya faham dari lagu ini adalah ia sebuah lagu menceritakan tentang 'KEBANGKITAN'.



Bangkit dari cengkaman yang zalim
Bangkit dari pembuli moden
Bangkit dari penjara sistem yang tidak berkesudahan
Bangkit dan bangkit menyatakan kebenaran
Menegakkan hak kita yang layak

Para politikus pemerintah peng'arah' pemimpin dan segala golongan atasan yang sentiasa dahagakan kuasa dan harta, apa mereka fikir duit boleh beli segalanya? semestinya tidak.
Marhaen yang lemah daya, tiada kuasa harus bangkit menyatakan yang benar.
Serik lah dengan semua tipu daya
Serik lah dengan hasutan semata
Serik lah dengan janji kononya

Kerana hak kita milik kita.

Apabila suara kebebasan dilaungkan, mereka menindas, memberi komen, mengkritik dan melabel.
Sangka baik? mereka tolak ketepi.

Kerana apa? Bila berhidung tinggi, tidak nampak apa yang dibawah.
Bila bongkak, kaburkan simpati
Bila riyak, kasihan mati.

Yang pasti bukan semua
Tapi yang gila kuasa

:) Buka Minda

Carilah hikmah disebalik kejadian.