Thursday, January 22, 2015

Bedah Lagu : Hanyut

Bismillah. Assalamualaikum.

Kali ni, saya nak kongsi apa yang difahamkan daripada lagu 'Hanyut'. Bukan nyanyian Faizal Tahir tapi dendangan all-time favourite UNIC :)
Meh kita tengok liriknya.

(1)
Dicipta dari segumpal darah,
jelma seraut wajah,
rahsia agungnya kudrat Tuhan.

(2)
Dan dihembuskan nyawa,
diikatkan janji,
tunduk hanya kepadaNYA.

(3)
Namun hakikatnya hidup sarat pesona dusta,
dugaan tuk menguji kehambaan,
tiada tempat berlindung dari fitnah dunia,
selain perlindunganNYA.

(4)
Berkurun terukir sejarah alpa,
manusia dihanyut indah yang fana,
terlupa pada fitrah wujudnya,
hanya ditaraf hamba.

(5)
Tenggelam pada bisikan dunia,
tak sedar langkah mudik ke sengsara,
tergoda pada hasut sengketa,
rebut fatamorgana.

(6)
Telah disuluhkan laluan,
diberi segala pedoman,
seiring akal dan fikiran,
mengapa kehilangan.

(7)
Telah tertulis pengakhiran,
pada selembar takdir insan,
jiwa yang penuh penyerahan,
Itu yang dijanji syurga.

[kredit]

Baca dah? Apa yang anda faham agaknya ya? Hmm. Kalau lah boleh tahu. huhu. Cuba anda hadam lirik ini sebelum baca apa yang saya faham ^^

Ok lah. saya kongsikan apa yang saya dapat dari lagu ni ya.



       Bagi saya lagu ni mempunyai flow cerita yang baik dan membawa maksud yang sangat mendalam. Orang kata, simple dan padat gituh. Lets see.
Daripada rangkap (1), ia mengisahkan bahawa manusia telah diciptakan dari segumpal darah seperti mana firman Allah SWT:
                                              خَلَقَ ٱلْإِنسَٰنَ مِنْ عَلَقٍ
                                            "Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah." (96:2)

Kemudian daripada penciptaan itu,  proses nya berterusan sehingga lengkaplah ciptaan yang sempurna, bukti keagungan Allah Azza Wajalla. Setelah itu, dihembuskan nyawa ke dalam ciptaan itu (2) dan manusia mengikat janji kepada Allah SWT. Janji? Ya.
Sebelum menjejakkan kaki ke dunia, manusia telah mengikat janji dengan Allah SWT sepertimana firman Allah:

"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini"
(7:172)

Janji apa? Janji untuk tunduk kepada Allah, untuk patuh dan taat dengan suruhan Allah dan menjadi hamba yang menegakkan kalimah tauhid. Ingat tak kita pernah berjanji? Tak ingat? Baca dan hadam ayat ni ya :)

Rangkap (3) menyatakan hakikat hidup manusia ini penuh dengan fitnah, dusta, godaan-godaan yang sememangnya ditembak oleh syaitan untuk menghasut manusia. Sememangnya hidup ini tidaklah akan semudah yang disangka kerana apa? Berjuang itu pahit kerana syurga itu manis. For something big we need to sacrifice right? Maka dengan dugaan-dugaan ini lah yang akan menguji kehambaan kita, menguji kekuatan pegangan janji kita kepada Allah.


(4) Dan realitinya, perkara ini telah terjadi berkurun lamanya. Kealpaan manusia kerana hanyut dengan keindahan disaksikan tatkala Adam AS dan Hawa tertipu dengan hasutan syaitan menyebabkan mereka diletakkan di dunia namun maghfirah Allah mengampunkan kesilapan mereka setelah mereka bertaubat. Manusia, ketika tenggelam dalam keindahan dan alpa dengan perintah Allah, merasakan saat itu adalah saat yang paling indah. Jika mereka hartawan, dirasakan mereka orang yang terkaya. Jika mereka pemimpin, dirasakan mereka paling hebat. Keangkuhan, ketamakan menyelubungi diri apabila fitrah kewujudan dilupakan, iaitu kita semua adalah hanyalah hamba kepada Yang Esa. Ketaqwaan sahaja lah yang membedakan kita.

(5) Maka apabila sudah mulai tenggelam dengan hasutan dunia, tanpa disedari kaki melangkah ke arah yang membinasakan diri. Contoh yang senang difahami, seorang ahli korporat yang sentiasa dahagakan kuasa dan kedudukan, akan berbuat apa sahaja untuk mendapatkannya. Sanggup bertelagah dengan sesama rakan bisnes dan rasuah akan diberikan hanya kerana inginkan nikmat dunia yang fana. Ibarat merebut fatamorgana, dikejar sesuatu yang tiada apa-apa. Hanyalah ilusi semata. Sesungguhnya dunia ini hanyalah suatu persinggahan.

Dalam kehidupan ini, Allah telah menyediakan kita 'Manual book on how to success in life and hereafter'. Anda ada tak buku ni? Saya ada ^^. 
Takde? Al Quran ada? Haaa yang tu lah. Buku panduan hidup kita adalah Al-Quran, yang diturunkan melalui Rasulullah SAW. Dua sumber rujukan utama umat islam adalah....

Hadis Nabi SAW:

"Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya
nescaya kamu tidak akan sesat, iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnahku"


Al Quran dan Hadis. Panduan yang cukup sempurna untuk kita, jikalau kita berpegang kepada keduanya pasti tidak akan sesat. Oleh itu, kenapa manusia masih kehilangan? Masih tersasar dari jalan? Masih lalai? **muhasabah** (6)



     Takdir hidup kita telah ditetapkan oleh Allah SWT. Bagaimana pengakhiran kita dan perjalanan hidup kita. Tetapi adakah kita hanya boleh bergoyang kaki sahaja? Tidak, kerana Allah telah berfirman:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (13:11)

Kita haruslah sentiasa berusaha untuk mendapatkan 'husnul khatimah' iaitu pengakhiran yang baik. Sentiasa lah berdoa
 'Allahumma amitna bil iman', Ya Allah matikan aku dalam iman.

Bagaimana untuk menggapai syurga Allah? 
Jiwa yang penuh penyerahan. Hamba yang senantiasa taat kepada Allah, sentiasa tunduk dan patuh pada peraturan Allah. InsyaAllah. (7)

Payah? Ya. Memang payah tapi berusaha lah kerana Allah tidak akan sia-siakan usaha hambaNya. Trust me.
Jom usaha bersama.

Overall nya, bagi saya flow lagu ni cantik. Bermula dari penciptaan manusia, dugaan dunia dan akhirnya ciri orang yang dijanjikan syurga (insyaAllah). Cool kan lagu ni? kan kan? Melodi pun best.

So, apa pula yang anda dapat dari lagu ini? Mesti menarik kan? Nak tahu boleh? Kalau sudi, kongsikan la ya :)

Belajar mencari hikmah,
**BintangHati
.
.
Allah tidak akan sia-siakan usaha hambaNya

No comments:

Post a Comment

Thanks for dropping your comments. Tick on 'Notify Me' to get notified on any replies for you :)