Wednesday, December 26, 2012

Sesuci Air Wudhu'

"Allahuakbar Allahukbar! .."

Kedengaran sayup sayup azan berkumandang. Aliya menutup buku Anatomy. Seusai membaca doa selepas azan, dia bangkit menuju ke tandas untuk mengambil wudhu'.

Pili air dibuka sederhana.

Bismillahirrahmanirrahim..

Wudhu' dimulakan. Kedua belah tangan dibasuh.
Kemudian berkumur sesudah itu dia membasuh muka.
Selepas itu ..

(Hatinya terdetik) "Petang nanti nak makan apa ye? Asyik nasi goreng je..hmm "

Errrr??

Aik? Dia melihat tindakannya. Dah basuh telinga dah? Dah niat belum?Tangan hingga siku dan kepala basuh tak tadi ye?

"Astaghfirullah!"



Sahabat, pernah tak sahabat menghadapi situasi seperti Aliya?

Whatever your answer is, for me, yes i do.

Inilah was was dalam wudhu'. Disebabkan terleka sesaat, Syaitan mula datang menyuntik hati supaya leka dan lalai. Akibatnya kita tidak tumpu pada wudhu' dan akhirnya wudhu' diangkat sia sia.

Begitu sahaja.

Wudhu' merupakan penyuci diri sebelum kita menunaikan solat. Ia bukan sahaja menyucikan secara zahir tetapi juga secara lahiriah. Sesungguhnya wudhu' juga merupakan penyuci dosa dosa.

“Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, ”Apabila seorang muslim atau mukmin berwuduk, maka dia membasuh mukanya keluarlah daripada mukanya itu segala dosa yang dilakukan oleh matanya bersama air atau bersama dengan titisan air yang akhir. Apabila dia membasuh kedua tangannya keluarlah daripada keduanya segala dosa yang dilakukan oleh tangannya bersama air atau bersama titisan air yang akhir. Apabila dia membasuh kedua kakinya keluarlah segala dosa yang dilakukan oleh kedua kakinya bersama air atau bersama titisan air yang akhir sehingga bersihlah dia daripada segala dosa.” (HR Muslim)


Wudhu' juga telah disebut dalam Al-Quran sebagai satu tuntutan sebelum mengerjakan solat:

Firman Allah SWT:

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwudu'lah) iaitu BASUHLAH muka kamu, dan kedua belah tangan kamu ;meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali. [Maksud surah al-Maidah 05 - 06].

Namun apabila timbul was was dalam wudhu', apa yang perlu dilakukan? Di sini saya bawakan persoalan tentang was was ni yg saya petik dari website islamgrid :


Soalan

Assalamualaikum,saya ada pertanyaan.Begini, di sebabkan terlampau risau dengan niat ketika berwudhu' saya membaca niat setiap kali saya membasuh anggota wudhu' sehinggakan saya terlupa sama ada saya sudah membasuh anggota wudhu itu atau belum. selepas selesai berwudhu, separuh daripada hati saya mengatakan saya sudah membasuhnya, separuh lagi sebaliknya. Pekara ini telah berlaku. lalu saya berijtihad bahawa saya sudah membasuh anggota tersebut. adakah sah wudhu saya?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Di dalam berwudhu’, niat dibaca semasa membasuh muka (sebaik sahaja air menyentuh muka) dan bukannya dilakukan pada setiap kali membasuh anggota wudhu’ yang lain.
Dalam hal ini, kesangsian atau was was yang anda alami perlu dikawal. Jika anda sangsikan sama ada telah membasuh muka ataupun belum, anda Cuma perlu melihat adakah muka anda telah basah disirami air ataupun belum. Jika telah basah, ini bermakna ia telah dibasuh dan anda telah pun berniat mengangkat wudhu’.
Selain itu, untuk menghindarkan daripada perasaan was was ini, anda diingatkan supaya menumpukan perhatian kepada proses mengangkat wudhu’ dan tidak berbual ataupun bercakap-cakap semasa mengangkat wudhu’ kerana ia boleh menghilangkan tumpuan serta dihukumkan makruh jika berbuat demikian. Wallahu 'Alam.




Saat kaki melangkah untuk pergi berwudhu', sertakan niat supaya Allah menggugurkan dosa dosa yang kita lakukan kerana anggota anggota inilah yang selalu kita palitkan dengan maksiat, mata memandang perkara perkara yang tidak sepatutnya, kaki melangkah ke tempat tempat yang Allah larang dan tangan melakukan kejahatan kejahatan. Titipkan juga penyesalan di hati dan taubat dari perkara yang tidak redhai. Inilah konsep wudhu' zahir dan batin seperti perbualan dari ulama' dan ahli ibadah ini :

Suatu hari, Isham bin Yusuf menghadiri majlis Hatim Al-Asham, Isham bertanya, “Wahai Abu Abdirrahman, bagaimanakah cara Anda shalat?” Hatim menjawab, “Apabila masuk waktu shalat aku berwudhu dengan lahir dan bathin.” Isham bertanya, “Bagaimana maksud wudhu lahir dan bathin itu?” Hatim menjawab, “Wudhu lahir sebagaimana biasa, yaitu membasuh semua anggota wudhu dengan air. Sementara wudhu bathin adalah membasuh hati dari tujuh perkara; bertaubat, menyesali dosa yang dilakukan, tidak tergila-gila oleh dunia, tidak mencari pujian orang (riya’), tidak gila jabatan, membersihkan dari kebencian dan kedengkian.”

Jom hayati wudhu'!

Till then, say bye wassalam.


No comments:

Post a Comment

Thanks for dropping your comments. Tick on 'Notify Me' to get notified on any replies for you :)