Wednesday, December 10, 2014

Cerita Menuju Impian -Tahun Satu

Assalamualaikum dan hai.

Ini kisah lama. (lama ke?)

Sementara masih bergelar seorang mahasiswa UKM ni (kejap je, dah Third Year), teringin untuk coretkan pengalaman selama berada disini. Tapi hanya mampu coretkan apa yang ingat la. Haha. So bear with it if you would like to know :D

Sept 2012

The first time ever menjejakkan kaki ke UKM KL. Serius sebelum ni duk ingat UKM kat bangi je (benda biasa bagi seorang freshie). Well mula-mula was so excited, seeing that the college is just beside the famous one Taman Tasik Titiwangsa. Cool kan?
The first few weeks we had orientation (benda biasa la kan) so i just dont want to tell about the orientation week sebab it was a usual one. Macam biasa, like those you had  at your school and matric. Tapi this time around, hargai lah orientation weeks ni sebab it will be your last. yes.

Kelas saya ada 23 orang with 4 guys and the rest are girls. Expected from Nutrition Science class sebab seniors atas kami takde lelaki pun. Huhu. As usual, it was awkward moments during the first time meeting but i had a good feeling about my classmates and i was true because all of them are such good friends ^^.

First group photo of us 


Jump through the year

Sepanjang tahun satu, we had learnt a lot, daripada tak tahu apa itu Sains Pemakanan, to enjoying this course a bit. Kawan kepada course kami adalah Program Dietetik. Ramai yang tersilap, tertukar dan tak tahu apa beza antara dua ni. Dulu pun, masa apply U, letak Dietetik and nampak ada nama Pemakanan terus letak jugak as options (ingat kan sama ><)

Saturday, November 15, 2014

Saya terharu

Dengan nama Allah yang mengurniakan segala nikmat ke dalam kehidupan kita. Alhamdulillah.

Saya terharu.

Terharu. Satu perasaan yang menunjukkan rasa berterima kasih, rasa hati disentuh . Er. Ini bukan wikipedia. :)
Kenapa agaknya saya terharu? Kalau nak tahu anda kena bersabar untuk sebarang kata-kata provokasi yang menggelikan mahupun terlampau 'manis'  :D

Saya terharu berada dalam kalangan 'abnaul harakah' - Usrah My Family.

Cliche.

Dalam usrah saya dapat rasakan kemanisan berukhuwah.

Cliche . .

Serius, kalau tak alaminya, tak tahu!

Cliche, lagi.

Betul la! Tak caye kena join la.

Cliche cliche cliche

Eh ni kenapa tak percaya sangat ni?

Kenapa?

Semua yang disebutkan di atas adalah benar. Termasuk ayat 'cliche' itu.

Seringkali, bila diceritakan tentang manisnya berukhuwah, orang akan kata, ~~cliche~~

Tapi saya menyangkal kata-kata klise sebab SAYA SENDIRI MERASAINYA.

Terharu serius terharu.

Berada dalam kelompok ini saya dapat rasakan kasih sayang yang saya dapat lebih dari apa yg saya berikan hari-hari.

Love input > Love output

Walaupun terdapat pelbagai jenis ragam 'adik-beradik', pelbagai lapisan umur dan pelbagai cara masing-masing tapi semua tu kadang-kadang dilupakan bila berukhuwah. Atas dasar hormat, saling percaya dan yakin antara satu sama lain, mengeratkan lagi hubungan kami.

Apa yang menarik sangat ni? meh nak cite.

- Ada orang peduli. Ya, tentang semua.

Thursday, October 30, 2014

Bedah Lagu: Di Sebalik TEPi SiKiT

Tepi sikit. Kalau anda tahu apa yang saya maksudkan, terima kasih. Jika tidak, tidak mengapa. Saya hormat.

Melodi lagu ini sudah lama diperdengarkan di corong radio, tapi tergerak hati saya untuk mendalami lirik yang cuba disampaikan. Hmm curious juga.

Jadi apa yang disebalik 'tepi sikit'?

Rentak lagunya rancak, tak tertangkap bait lirik yang dilagukan. selepas melihat kepada liriknya, saya mendapat sesuatu, yang bagi saya cukup bagus untuk dijadikan lirik memberi harapan.

Kenapa saya katakan begitu? saya memetik beberapa potong dari lirik lagu ini dan saya akan cuba perjelaskan kepada anda apa yang saya faham. Boleh kan? :)

Apa yang kau mahu
Semua ku beri
Apa yang kau mahu
Mahu apa lagi
Bagaimana aku pula
Aku serik
Jadi ku ingin jalan sana
Tolong tepi sikit



tapi sekarang memang jelas, wang tidak boleh beli class
Duit tidak boleh beli masa


Biar yang lalu jadi yang lalu
Apa yang jadi hari esok, itu esok baru tahu


Kau ada tau kisah ke
Atau kau saja nak buruk sangka
Yang buruk sangka tu tolong simpan kata kata sebelum terlebih belanja



Tak salah yang aku pernah cuba
Yang pernah gagal
Berdiri semula



Kita sudah dewasa, dewasa pun nak merajuk?
Ku sudah kata kalau hidung tinggi, tak lihat apa di bawah



Aku tak sanggup tahan buat selamanya
yeah, sebaiknya aku mempunyai rencana

dan aku sedia, aku rela
melukakan segalanya dan aku sudah berubah


Secara overall nya, apa yg saya faham dari lagu ini adalah ia sebuah lagu menceritakan tentang 'KEBANGKITAN'.



Bangkit dari cengkaman yang zalim
Bangkit dari pembuli moden
Bangkit dari penjara sistem yang tidak berkesudahan
Bangkit dan bangkit menyatakan kebenaran
Menegakkan hak kita yang layak

Para politikus pemerintah peng'arah' pemimpin dan segala golongan atasan yang sentiasa dahagakan kuasa dan harta, apa mereka fikir duit boleh beli segalanya? semestinya tidak.
Marhaen yang lemah daya, tiada kuasa harus bangkit menyatakan yang benar.
Serik lah dengan semua tipu daya
Serik lah dengan hasutan semata
Serik lah dengan janji kononya

Kerana hak kita milik kita.

Apabila suara kebebasan dilaungkan, mereka menindas, memberi komen, mengkritik dan melabel.
Sangka baik? mereka tolak ketepi.

Kerana apa? Bila berhidung tinggi, tidak nampak apa yang dibawah.
Bila bongkak, kaburkan simpati
Bila riyak, kasihan mati.

Yang pasti bukan semua
Tapi yang gila kuasa

:) Buka Minda

Carilah hikmah disebalik kejadian.




Tuesday, May 27, 2014

Petak Mahabbah- Usrah Bintang

Assalamualaikum.
27 Rejab 1435H- Di Bawah teduhan pokok rendang, Tasik Titiwangsa.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Hari ini adik-adik usrah mengajak untuk be-rehlah dan berusrah. Perkara biasa yang ada dalam rehlah-makanan. Tapi bukan makanan fizikal sahaja tetapi juga makanan jiwa :)
Kami berkongsi Kisah Israk Mikraj, Kelebihan Syaaban dan pengalaman Ramadhan. Indah dan bahagia melihat senyuman mereka.

Selepas hampir dua jam, kami mengakhiri usrah dengan ucapan daripada setiap ahli usrah. Apabila setiap dari mereka memberi kata-kata serta berkongsi pengalaman berusrah sepanjang tahun ini, hati saya tersentuh.

" Alhamdulillah, saya dapat banyak ilmu"
      " Saya dapat rasakan perubahan dalam diri saya terutama dari segi pemakaian"
" Saya mula membaca buku islamik sekarang- berkaitan kiamat"
     " Saya dapat ketenangan apabila datang usrah"
"Saya dapat reflect diri apabila hadir usrah"

Terharu dan bersyukur.



Masya-Allah. Di saat itu hati saya teringat satu peristiwa beberapa hari sebelum itu. Perbualan saya dengan seorang kakak.

"Akak, saya tak tahu kenapa, tapi saya rasa saya tidak sesuai dengan adik usrah"
"Kenapa? Awak rasa tak mampu ke?"
"Entah la akak, saya rasa ada sesuatu tak kena. Emm"

Astaghfirullah. Selepas usrah tadi, kini saya sedar tentang sesuatu.
Pentarbiyahan tidak berlaku dalam masa yang singkat tetapi mengambil masa. Apa yang diperlukan adalah SABAR.
Sabar dalam mentarbiyah dan ditarbiyah. Sebagai seorang naqibah, saya perlu sabar dalam mentarbiyah adik-adik usrah kerana mereka juga sabar untuk ditarbiyah. Betapa besar komitmen mereka untuk hadir ke usrah dan mengucap kata maaf apabila tidak dapat hadir ke usrah.

Saya sedar, perasaan tidak kena itu sebenarnya datang dari diri sendiri. Mungkin ini adalah punca dari diri ini seorang pendosa. Dosa yang menjadi hijab daripada melihat kesungguhan, kesabaran serta keindahan dalam berukhuwah bersama mereka. Sehingga hadirnya perasaan tidak yakin dan percaya. Nauzubillah.