Saturday, December 20, 2014

Mangsa Si Pendusta | Kenapa Aku?

Assalamualaikum.

Hari tu, tengahari, study week.

Masuk bilik, tengok handphone, ada missed call dari unknown number.
Jadi, call balik.

Aku: Assalamualaikum. Tadi ada call saya ke?

Dia: Wsalam. Ya. Saya M (bukan nama sebenar), daripada Hotel V. Saya nak tanya berkenaan majlis cik di hotel kami beberapa bulan yang lepas. Cik dah selesaikan bayaran ke?

Aku: Eh, kami dah bayar habis dah. Lama dah. Kenapa ya?

M: Oh, sebab dalam sistem kami cik belum habis bayar, dalam RM 10k.

Jatuh rahang. Tergamam.

Aku: Encik, saya dah selesaikan bayaran dengan Mr C. Dia yang deal dgn saya semua urusan berkaitan majlis ni. Encik ada tanya dia tak?

M: Ya, masalahnya adalah Mr C tu sekarang menghilangkan diri. Takpe, cik kumpul semua bukti bayaran pastu bagi kat saya ya.

Aku: Ok. Terima kasih.

Jatuh air mata. Jantung berdegup kencang. Tak keruan.
Allah.

Few days lepas tu, Encik M datang ambil semua slip bayaran. Katanya, Mr C sekarang dalam buruan polis atas kes songlap duit syarikat mungkin. Dan kami, salah satu mangsa nya.
Alhamdulillah, semuanya diselesaikan atas bantuan En M.
Harapnya, polis dapat memberkas si pendusta itu.

Mr C. Ya, dia lah yang menguruskan semua urusan berkaitan majlis makan malam kami. Sepanjang bekerjasama dengan dia, tiada setitik rasa pelik mahupun rasa sangsi kepada dia.
Orangnya ter amat lah baik. Siapa sangka, baik itu ada makna. Kata orang, ada udang disebalik batu.

Bila terjadi begini, aku mengimbau kembali saat-saat sepanjang bekerja dengan dia. Bila difikirkan balik, ya, dia sangat baik, hingga terlebih baik sehingga sanggup datang fakulti untuk ambil bayaran.
Aku sangat tak sangka, semua slip bayaran yang dia bagi kat aku adalah invoice sahaja dan bukan resit rasmi. Manalah aku tahu, sebab aku bukan budak akaun mahupun ada pengalaman tentang itu. Tapi syukur, En M dapat membantu.

Memang. Allah takkan tetapkan sesuatu dengan sia-sia.

Kejadian ini bagaikan menampar aku. Hampir seminggu berada dalam keresahan. Ya, mungkin anda fikir,
"bertenanglah", "rilek lah", "sabarr.."
Tapi aku yang mengalaminya, Allahuakbar. Hanya lah Allah yang tahu bagaimana perasaan itu.
Rintihan keresahan dipersembahkan kepada Tuhan yang Maha Berkuasa, agar diberi kekuatan dan diperlihat kan hikmah.

Alhamdulillah, aku temui hikmahnya. Jika aku tidak menjadi mangsa, mana mungkin aku belajar dari kesilapan dan orang lain juga tidak dapat ambil pengajaran. Jadi, biarlah, biarlah aku menjadi mangsa, jika pulangannya adalah satu hikmah yang besar.

Sahabat, bila kita ditimpa musibah, kita sering bertanyakan,
"KENAPA AKU?"
Allah, kenapa aku yang ditimpa ujian ini.
Allah, kenapa aku yang diberi masalah ini.

Subhanallah, Allah telah menceritakan perihal ini dalam Al-Quran.



"Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat suka mengeluh. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh-kesah. Dan apabila mendapat kebaikan (harta) dia menjadi kikir. Kecuali orang yang melaksanakan solat. Mereka yang tetap setia melaksanakan solatnya."
(Surah Al-Ma'arij ayat 19-23)


Allahuakbar. Bila baca ayat ni, sedarlah bahawa Allah itu sangatlah sayang kepada hambaNya. Allah tahu bagaimana hambaNya. Bila susah, resah gelisah. Bila senang menjadi bakhil. Maka apa jalan penyelesaiannya?

Solat yang khusyuk. Doa.

Dengan ibadah yang khusyuk dan terjaga, insyaAllah kita akan menjadi hambaNya yang beryukur. Susah atau senang akan sentiasa menyebut Alhamdulillah dan yakin bahawa ada hikmah di sebalik kejadian.

Sedar tak, 99.9 % hidup kita adalah kesenangan dan kenikmatan. So, kenapa bila 1% kesusahan atau ujian diberikan, kita terus mengeluh?

Tamak, manusia tamak.

Kenapa pula, bila susah je kita akan tanya, "kenapa aku?"

Ketika senang, kenapa tak ditanyakan soalan yang sama.
Pernah tak ditanya,

"Kenapa aku yang Kau berikan nikmat ni?"
"Kenapa aku yang Kau berikan nyawa pada hari ini?"
"Kenapa aku yang memiliki henfon ini?"

kenapa dan kenapa.

Jawapannya, anda simpan. Kerana yang lebih tahu hati anda hanyalah Allah dan anda.

Jawapan aku, kerana manusia itu sukakan kesenangan dan Allah terlalu sayangkan hambaNya.

Kerana itu lah diberikan kesenangan, ditambah dengan ujian, siap bagi penyelesaian lagi.
Hebat.

Sweet tak Allah? Sweet kan?

Dah tu, tak nak bersyukur lagi?



Carilah hikmah disebalik kejadian.

Wassalam.

**Bintang Hati

.
.
.
.
Sedar tak, 99.9 % hidup kita adalah kesenangan dan kenikmatan. So, kenapa bila 1% kesusahan atau ujian diberikan, kita terus mengeluh?

3 comments:

  1. wow wawa..
    macam drama..
    insyaAllah, antara hikmah yang akak nampak ialah Allah dah prepare kan wawa untuk hadapi something yang maybe lebih worst daripada ni. Wawa dan pembaca entri ni pun akan lebih berhati-hati dalam transaksi duit dan sebagainya. Who knows that something like this can happen to us in no time? =)

    Thanks for the sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome. huhu. tu la akak. lebih baik kita pandang hikmah tu instead of meratapi nasib kita. insyaAllah lain kali kena lebih berhati-hati! :D

      Delete

Thanks for dropping your comments. Tick on 'Notify Me' to get notified on any replies for you :)