Wednesday, January 6, 2016

I'd rather hurt than feel nothing at all ?

Konon, konon nak rasa ada perasaan walaupun terpaksa rasa sakit. Tetapi hakikatnya, manusia itu seringkali tumpas dengan hasutan syaitan durjana, yang akan gembira melihat umat manusia bertelingkah. Kerana apa? Kerana seorang rasa sakit yang dipendam pahit, seorang lagi perit menahan rasa serba salah. Akhirnya, tiada yang berani meluahkan dan capai penyelesaian. 

Kadangkala aku ingin bebas dari perasaan dan hidup seperti robot, yang hanya bertindak mengikut apa yang diarahkan kepadanya. Bila bebas dari perasaan, tiada rasa gembira, tiada suka, paling penting tiada benci, tiada sakit hati. 

Best kan hidup begitu? Kau tidak berperasaan tapi hidup tetap diteruskan. Heh.

Mampukah kita sebenarnya? Mampukah kita merasakan sakit daripada tidak merasakan apa-apa?

Tahukah kau, siapa yang berhak menentukan kita mampu atau tidak? Tahu?

Jawapannya, diri kita.



Aku tak perlu persembahkan firman Allah tentang kemampuan hambaNya, kerana aku tahu kita tahu tapi kita buat seperti tidak tahu bila kita tak mahu ingat pun.

Setiap bebanan yang Allah galas di bahu kita semuanya adalah mengikut kemampuan kita. Betul kan? Aku tak tipu. Firman Allah sudah menyatakannya.

Jadi apa masalahnya kalau kita rasa sakit? Teruskan lah. Ia lebih baik daripada kita tidak merasakan apa-apa. Kenapa?

Kerana jika kita rasa sakit, kita sedar kita lemah.
Kita sedar kita hanya hamba yang kadangkala berada di bawah
Kita faham bahawa sakit itu adalah nikmat yang tidak semua orang hargai
Kita tahu Allah itu Maha Pengasih, yang akan bantu kalau kita jatuh

Paling penting, kita sedar bahawa bukan kita seorang yang sakit. Setiap orang punya pengalaman pahit, punya masalah hidup, punya rasa perit.

Kerana kita semua manusia.

Ciptaan yang sempurna tapi kita tidak pernah sempurna.



SI BAJU MERAH Pt 3

Tepat jam 4.30 pagi, Miftah bangun dari lena, menuju ke bilik air untuk mensucikan diri. Dia mengambil wudhu', mengharapkan gugurnya dosa-dosa yang terpalit pada dirinya.
Sejadah dibentangkan, lalu dia mengangkat takbir melaksanakan tahajud.

Hati Miftah tidak keruan sejak semalam. Surat yang disampaikan oleh Kak Suraya bagaikan menghentikan degup jantungnya. Apa perasaannya pada surat itu? Dia masih keliru, dia masih bingung. Lalu, dia bertekad untuk bermunajat kepada Allah, lebih giat dari sebelum ini dengan harapan semoga Allah memberi petunjuk kepadanya.

Usai tahajud, dia memohon taubat kemudian beristikharah. Doanya pada Allah, dia inginkan pilihan yang terbaik, kerana sesungguhnya Allah jua lah yang mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Assalamualaikum Miftah"
"Waalaikumussalam kak"
"Dah baca surat yang akak bagi semalam?"
"Em.."

Fikirannya menangkap bait-bait ayat yang ditulis di dalam surat yang dibaca.

".....Saya Hadif.....
".......Saya mempunyai hajat.....
".....terpikat dengan keperibadian saudari....
"........kesungguhan saudari dalam menjaga akhlak seorang muslimah dalam diri......
".....izinkan saya mengambil saudari sebagai suri di hati.......
".........eloklah sekiranya kita bersama-sama istikharah....
"....semoga Allah berikan kita petunjuk yang terbaik..........

"Miftah?"

"Oh ya kak, saya dah baca. Hadif sampaikan hasratnya melalui akak?"

"Bagus lah. Em, ya tapi dia tak cerita panjang kat akak. Dia hanya sampaikan hasrat dia dan minta akak sampaikan surat tu. Sebenarnya akak nak minta izin awak dahulu untuk buat taaruf tapi Hadif insist on asking directly to you, which by using that letter. Sorry"

"Eh tak apa kak. Saya emm saya.."

"Apa yang perlu saya buat kak?"

Miftah sebak. Entah kenapa.

"Dear, awak tak perlu terburu-buru membuat keputusan. Akak tahu dari hati awak, awak masih keliru. Kembali lah kepada Allah, banyakkan istikharah. Hanya Allah yang mampu memberi petunjuk yang terbaik, sayang."

"Ya akak. Saya sedang mencuba"

"Akak yakin, awak boleh sayang. If there's anything, I'll be here for you."

"Terima kasih akak"

Dia mengukir senyum. Terasa sedikit lega dapat berkongsi rasa dengan kakak naqibahnya.

Siapa sangka, takdir Allah membawa kembali memori nya kepada si baju merah. Hadif yang dia sedaya upaya cuba lupa, cuba lari dari cinta khayalan dan kini, ia kembali tetapi pada keadaan yang berbeza.

Tempoh 2 minggu bagaikan penjara buat dirinya. Dia jarang keluar bilik, jarang makan bersama Hanis apatah lagi melakukan aktiviti luar. Selesai kelas sahaja, dia akan terus pulang ke bilik, merehatkan diri, mencari kekuatan.

"Miftah. Kau tak nak cerita kat aku ke?"

"Hanis, aku... aku rasa bukan masanya lagi. Maafkan aku"

"Tak apa. Aku faham. Aku yakin kau akan diberikan petunjuk dari Allah, apa jua pun masalah yang kau hadapi sekarang"

Hanis senyum. Dia tahu, masalah Miftah adalah perkara serius yang tidak boleh digembar-gemburkan. Kerana itu, dia serahkan kepada Kak Suraya dan Allah SWT.


2 minggu

"Akak!!"
Miftah memeluk erat Kak Suraya yang bertandang ke kolejnya. Terubat rindu pada kakak kesayangannya. Apatah lagi, sudah tiba masanya dia menetapkan keputusan.

"Ini kak"
Miftah menghulurkan sepucuk surat kepada Kak Suraya.

"Awak yakin?"

"InsyaAllah kak. Saya yakin dengan jawapan istikharah saya kak. Sampaikan salam saya kepada Hadif.."

Kak Suraya senyum lantas memeluk adiknya.

"Ya Allah, semoga ini keputusan yang terbaik"

Doanya dalam hati.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sudah 3 minggu berlalu Hari Graduasi nya. Dia memanjatkan kesyukuran kepada Allah. Hasil usaha 4 tahun di universiti akhirnya terbalas. Kad walimah di tangan di baca dengan tekun. Tanpa disedari bibirnya mengukir senyum.

"Kau pergi tak?"
Kedengaran suara Hanis di corong telefon.

"Mestilah. Kenapa tak nak pergi pulak kan"
Miftah tergelak kecil.

"Ya lah, mana tahu..."
"Hanis! Jangan diungkit kisah lama"
"Ok ok. Sorry my dear"

Miftah hanya tersenyum dengan telatah rakannya. Kad walimah yang tertulis Hadif & Ain itu disimpan rapi di atas rak buku.

Kakinya menapak ke taman halaman rumah. Matanya memerhati keindahan alam ciptaan Allah. Begitu hebat perancangan Allah. Segala-galanya adalah sempurna, tiada sedikit pun cacat cela. Sepertimana kisah hidupnya, Allah telah rencanakan dengan sebaiknya.

Hadif bakal menikahi jodohnya, selepas menerima jawapan istikharah dari Miftah setahun yang lepas. Ya, jawapan yang Miftah yakin. Jawapan yang dia dapat selepas berusaha sepenuh hati memohon petunjuk dari Illahi.

Kini hatinya tenang. Tenang dengan cinta hakiki.

Dia yakin, pasti akan sampai cinta jodohnya suatu masa nanti. Biiznillah.
.
.
.
Kerana cinta hakiki ada dalam hati

Saturday, November 14, 2015

SI BAJU MERAH Pt. 2

Dia merebahkan tubuh ke katil empuknya. Fikirannya masih bingung dengan kata-kata Kak Suraya.
"haish Miftah, tadi cakap dah faham, sekarang pening lagi hmm"
Dia bermonolog. Entah lah, semakin dia fikir, semakin banyak perkara yang dia ingin tahu.

Langkah diatur menapak ke meja belajar. Komputer riba nya dibuka, lantas dia membuka blog kegemarannya di internet. Tiba-tiba matanya tertarik kepada satu tajuk - Bercinta dengan Tuhan.
Eh? Ni bukan ke ayat Kak Suraya tadi? 
Kak Suraya baca blog ni jugak kot, fikirnya.

Entry itu dibaca dangan teliti. Daripada awal sampai akhir, dia membaca dengan bersungguh-sungguh, sambil kepalanya terangguk-angguk tanpa disedarinya. 

<< 
Bagaimana ingin bercinta dengan Tuhan?

   1. Banyakkan beribadah - jalankan tanggungjawab kita sebagai hambaNya agar dapat penuhi hati dengan cinta kepada Allah.
   2.  Banyakkan berdoa - Doa merupakan jalan komunikasi kita dengan Allah.
   3.  Renungkan kebesaran Allah.
   4.  Panjatkan kesyukuran dengan pemberian Allah.
>>

Miftah membuat sedikit catatan pada sticky note dan ditampal pada board di hadapannya.
"Yosh!"
Dia tersenyum sendiri, dalam hatinya punya semangat baru, dia ingin berubah.

Pagi esoknya, cuti hujung minggu. Miftah menuju ke kafe bersama rakan karibnya, Hanis.
"Nak makan nasi lemak lah hari ni"
Miftah mengusulkan.
"Okay jugak. Jom"
Hanis menarik tangan sahabatnya tetapi Miftah tidak berganjak.

"Kenapa Miftah?" Hanis kehairanan.
"Err, jom makan nasi goreng lah"
Miftah mengatur langkah ke arah kaunter nasi goreng, meninggalkan Hanis yang masih kebingungan.
Matanya melilau-lilau, mencari apa yang tidak kena sehingga matanya menangkap satu susuk tubuh yang amat dikenalinya, Hadif.
Hanis tersenyum simpul, dia menggeleng kepala.
"Miftah, Miftah"


"Allah, aku baru je nak buka semangat baru, terus diberi ujian hari ini? Aku harus kuat aku harus kuat aku..."
"Miftah!" Hanis buat kejutan dari belakang.
"Haish, kau ni.... Terkejut tau"
Tersentak Miftah dari lamunannya.

"La.. kau lah yang duk mengelamun."
Hanis mengambil tempat duduk.

"So, tell me."

"Tell you what?"

"Si Baju Merah. Don't pretend nothing happened"

"Well, I choose to not meeting him"

"And why is it?"

Tanpa bersuara, Miftah menghulurkan telefon bimbitnya, selepas membuka sebuah entri yang dibacanya semalam.

"Bercinta dengan Tuhan?"
Hanis meminta kepastian.

"Yes. I just.... wanna give it a try. Why not kan?"
Hanis senyum.
Miftah menjengil mata.

"Apa?"
Hanis senyum lagi.

"Now, why Miss Hanis?" Hidung Hanis dicuitnya.

"You've matured dear Miss Miftah"

"Haha. Takleh blaa statement"

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semalam Hari Konvokesyen. Miftah dan Hanis melihat gambar-gambar yang sempat ditangkap dengan senior-senior mereka. Tanpa disedari, sudah setahun berlalu dan Kak Suraya serta senior yang lain sudah pun bergraduasi. Dia pula, sudah melangkah ke Tahun Akhir."cepatnya masa.." Dia bermonolog.

"Haha. Comel la gambar ni, kau memang saje eh buat muka blurr macam tu?"
"Mana ada.. aku tak sempat posing tu, tetiba je snap huhu"

Hanis sengih. "Eh, tapi kan, aku tak nampak Hadif la semalam, heee"

"Kenapa nak nampak dia ?"

"Emmm saje "
Hanis buat muka nakal.

"I am free of him now okay dear"
Miftah angkat tangan, gaya orang menyerah.

"Okay.. so kiranya misi bercinta dengan Tuhan berjaya la ni?"

Miftah tidak mengangguk atau menggeleng. Dia juga tidak pasti, berjayakah misinya? Setahun yang lalu adalah waktu yang mencabar baginya.

Banyak cabaran yang dihadapinya. Kerapkali ada mesyuarat bersama Si Baju Merah yang perlu dihadirinya dan dia mengambil langkah untuk tunduk sahaja. Ada juga urusan bersama yang perlu diselesaikan dan dia cuba sedaya upaya memendekkan masa berjumpa dan sebolehnya meminta Hanis yang bercakap bagi pihaknya.

Tanpa dia sedari, sikapnya terhadap ikhwah berubah. Dia lebih berhati-hati dan menjaga batas pergaulan. Jika dulu dia memandang ikhwah dengan bersahaja, sekarang dia lebih banyak menundukkan pandangan. Hatinya juga lebih tenang, seiring dengan ibadah yang makin ditingkatkan.

Saban hari, dia memanjat doa kepada Allah agar dijauhkan dari pemikiran yang boleh menjauhkan dia dari mengingati Allah. Nota kaki yang ditampal pada board nya masih disitu walau selepas setahun berlalu. Dia jadikannya sebagai peringatan jika dia mula luntur semangat.

Dia rasa bersyukur. Allah bantu usahanya. Makin waktu berlalu, fikirannya sudah mula melupakan insan yang bergelar Si Baju Merah itu. Dia sematkan dalam hatinya, dia ingin menjadi hamba yang taat terlebih dahulu, mahu menggapai Cinta Hakiki sebelum dia pegang cinta manusia.

Berjayakah misinya? Entah, dia juga tidak tahu.
Apa yang pasti, hatinya kini sudah tidak gelisah jika tidak bertemu Si Baju Merah sehari malah tidak lagi hatinya tidak keruan bila insan itu ada di depan mata.

"DO YOU LISTEN TO ME ?"
Hanis mencemik. Mengelamun lagi kawan aku nih.

Miftah tersentak. "Eh, sorry sorry. Apa kau cakap tadi?"

"Miftah ni... bukan nak dengar kite cakap"
Hanis buat muka manja.

"Sorry dear. What did you say?"
"Kak Suraya nak jumpa kau"
"EH? Kak Suraya datang kolej ke?"
"Aah, dia mesej aku. Katanya dia call kau tak dapat, fon kau mati eh?"

Miftah melihat telefonnya. Aduh, terlupa nak charge.
"Jom"
"Nak gi mana?"
"Jumpa Kak Suraya lah"


Miftah memeluk erat kakak yang disayanginya itu. Walapun baru bertemu semalam, tetapi sudah terasa rindu itu, apatah lagi mereka akan berpisah untuk sekian lama.

"Dah rindu dah kat akak tau"
Kak Suraya tersengih.

"Iya, akak tahu.."

Mereka berbual panjang, mengisi kerinduan dan mengambil nasihat untuk masa depan. Masa berlalu tanpa mereka sedari, membawa mereka ke titik perpisahan.

"Okay lah, akka dah lambat ni. Malam ni naik bas balik kampung"
"Ala akak, nak balik dah ke?"
"Ya sayangku."
Kak Suraya mencuit pipi Miftah, membuatnya tersengih manja.

"Oh ya, I got something for you"
"Me?"
"Nah. Nanti dah tenang fikiran, buka dan baca okay?"
Sepucuk surat dihulur kepada Miftah.

"La, saya takde ke?"
Hanis buat muka.

"Em, awak saya bagi pelukan lah"
Kak Suraya memeluk Hanis erat, disertai Miftah. Usai tu, mereka berpisah sehingga suatu masa untuk dipertemukan lagi.

"Surat apa tu?"
Kepala Hanis terjengah-jengah ke tangan Miftah.

"Eh eh, dia pulak excited ya. Entah, amanat Kak Suraya kot"
"Oh ok. Kenapa kena tenangkan fikiran dulu eh?"

Soalan Hanis dibiarkan berlalu, dalam fikiran Miftah, dia juga tertanya tanya, surat apa ni?

Thursday, October 1, 2015

I JUDGE THE BOOK by ITS COVER


Usai pembentangan proposal, aku membawa diri mencari ilham yang mungkin tersembunyi di celah-celah dunia realiti.

Hati masih sendu. Fikiran masih buntu. Tapi langkahku dikuatkan jua demi meneruskan perjuangan yg sudah bermula.

Imbauan memori pembentangan beberapa minit lalu sering menjengah ke fikiran. Dan setiap kali itu juga mataku terasa panas.

Ah. Biar kan lah apa yang berlaku. Biar lah berlalu! 
Bentak jiwa suciku.

Lalu
Aku menapak ke kedai kedai buku di sekitar kota bandar ini untuk mencari bahan utk menjana ilhamku. 

Bahagian "cooking" dan "masakan" menarik diri aku. Silaku dirapikan dihadapan rak buku.
Aku perhatikan rak yang dipenuhi buku buku yang membawa tema yang sama tapi punya perbezaan hakikatnya. 

Tidak pernah rasanya aku menghadam setiap buku yang tersusun di rak begitu rupa. 
Catat rekod baru hari ni. *sengeh*

Kebiasaanya setiap kedai buku (baca: bookstore besar) ada dua jenis bahagian masakan iaitu "cooking" dan "masakan". 

Apa yg berbeza adalah, semestinya bahasa yang digunakan untuk buku tersebut.

Dan dari pemerhatian aku, buku masakan english atau dari 'oversea', lebih terkehadapan dari sudut grafik, pemasaran serta ciri-ciri menarik yang diketengahkan.

Bukanlah aku ingin katakan buku masakan 'melayu' tidak menarik, kerana Chef Wan contohnya, punya buku masakan yang menarik setanding dengan buku terbitan dari United Kingdom (contohnya). Walaupun, bahasa yang digunakan dalam bukunya adalah bahasa inggeris. Ya. Bukan bahasa melayu. Sebab itu lah ia sebuah buku diperingkat antarabangsa. 

Apa yang telah aku perhatikan?
Buku masakan bahasa melayu, kurang menitikberatkan ciri-ciri menarik dalam pembentukan buku nya.
Daripada muka depan yang rata-rata meletakkan kompilasi gambar resepi-resepi di dalam bukunya, sehinggalah pemilihan tajuk buku yang terlalu kompleks dan berat.

Di rak bahagian "cooking", kebanyakan buku-buku disitu punya muka depan yang sangat menarik. Bukan sahaja pemilihan gambar atau grafik yang menyerlah, tetapi tajuk buku nya juga membuat kita tertarik untuk menjenguk isi nya.

Contohnya, "Bake", "Cook", "Sweet treats", "The weekend cook" dan sebagainya lebih ringkas dan membuatkan kita ingin tahu daripada "Masakan Utara", "Kuih-Muih Minum Petang", "Resepi menarik untuk parti" dan sebagainya.

Tambahan pula, buku dari luar negara ini sangat kreatif dalam strategi pemasaran. Aku bukanlah orang pakar bab ini tetapi sebagai pelanggan, aku tertarik.

Contohnya buku "Make, Bake, Cupcake" mempunyai reka bentuk buku yang menarik dan kreatif. Bukan sahaja berwarna warni, tetapi ada bentuk cupcake (sebagai pembahagi bab) di bahagian kanan buku tersebut. 
Malah, ada juga buku resepi cookies yang memberikan acuan biskut dalam bungkusan buku nya.  
Jamie Oliver contohnya, juga mempunyai pendekatan yang sama, dengan menyertakan cooking utensils (lupa apa, nampak hari tu) bersama dengan buku nya. 

Bagaimana pula dengan ilustrasi? Jujur aku katakan. Aku suka grafik dan ilustrasi buku buku dari luar negara. Buku "Bake" contohnya, punyai grafik yang ringkas, tetapi elegan. Muka depan nya dihiasi denga gambar satu pai yang menggiurkan. Ya, satu sahaja tetapi cukup untuk membuat jemari terus membelek buku tersebut dan kita tidak akan kecewa, kerana di dalamnya, ilustrasi yang digunakan lebih menarik termasuk susun aturnya dan juga gaya penulisan nya.

Baiklah, sampai di poin ini, aku dilihat sangat menyanjungi produk luar negara bukan? Jangan salah sangka, aku memuji keluaran mereka ini dalam aspek2 yang aku ceritakan tadi. Adakah semua buku luar negara menarik dan semua buku malaysia tidak menarik? 

Tidak lah. 

Ada juga buku dari luar negara yang tidak menarik (tapi sikit), dan ada buku malaysia yang menarik (tapi sikit). Contohnya, buku keluaran MPH Publication, rata-rata menarik dan terkehadapan. (Lost recipes of Malaysia, New Indian Kitchen, Malaysian Tapas, Meatology). Buku bahasa melayu juga tidak kurang hebatnya, contohnya, "Dapur Mak Cik Raja" ,"350 Selera", "1 Hari 1 Resepi" punyai ilustrasi dan nama yang menarik.

Isi kandungan nya bagaimana? Itu kita cerita lain masa. 


Jujurnya, aku masih tertanya tanya kenapa berlaku perbezaan seperti yang aku perhatikan tersebut, kerana pada hemat aku, jika sesuatu buku resepi dibentuk, ia sudah semestinya untuk memberi kebaikan kepada orang lain. 
Apa salahnya, jika ia dibentuk dengan sebaik mungkin. 

Sekali lagi, aku tidak mengutuk buku resepi bahasa Melayu, tetapi ini adalah satu catatan pemerhatian. Jadi maaf jika ada salah silap. (kerana mungkin ini pemerhatian singkat sahaja) 

Ada orang baca ke? Huhu.

Oh ya, hati dah terubat dengan semangat baru. 
Alah, baru kena jentik sikit dah goyah, macam mana nak masuk syurga? 

"Banyak kali jatuh tanda kuat. Sebab orang yang lemah, sekali je jatuh lepas tu dah tak bangun. Banyak kali jatuh bukti banyak kali bangun" - Budak Tomato


Bintang Hati