Friday, December 12, 2014

Cerita Menuju Impian- Tahun Dua

Assalamualaikum dan hai.

Jumpa lagi here to continue my journey in UKM. Tahun Dua. Hectic fun and exciting year.

Melangkah ke Tahun Dua, more nutrition subjects to learn. First sem tak sangat but 2nd Sem yes.

First and foremost, bila dah masuk 2nd Year ni, mesti la ada First Year yang masuk kan, so we were officially seniors. Yey.
And on top of that, USUALLY, COMMONLY, MEMANG selalunya 2nd Year akan diberi tugasan to handle Interaction Day and Course Dinner.
So awal semester we started off with Interaction Day. I got the post of Exco Multimedia dan Publisiti.
Busy? Ya. sebab dalam masa yang sama saya juga Exco Multimedia Pub untuk Fiesta Mahabbah (Program Kolej). Tapi dengan semangat yang waja dan sokongan dari sahabat2 yang supportive, we managed to go through the workloads.
Interaction Day ni gabung tiga kos (Pemakanan, Dietetik dan Optometry) because we are under the same pusat pengajian sains jagaan kesihatan. Dekan asked to do interaction day together to strengthen the bond. and yes, it came true (^^).
We even made a video clip of the song by Demi Lovato, 'Gift of A Friend', combine Nutri and Diet as a gift to all juniors and seniors. It came out well. Yeyy.


The committee members

Some of the subjects we learnt during the whole 2nd year were:
- Pemakanan dan Metabolisme
- Biokimia Klinikal
- Analisis Makanan
- Pemakanan Sepanjang Hayat
- Penilaian Status Pemakanan
And lots more.

1st and 2nd Year mostly, Nutri dan Diet gabung kelas. We learnt together as a whole class.
Saya nak ceritakan some of exciting subjects that we learnt. Firstly, Analisis Makanan.
Subject ni banyak masuk lab analisis and our experiments were analyzing the food contents like, how much protein content in this food and how about the carbohydrate and other nutrients. Cool isn't it? :)




Secondly, Penilaian Status Pemakanan. The assignments were fun even a bit tiring, haha. Assignment subjek ni kami kena buat diari pemakanan. We have to weigh every single foods that we ate. Seriously. We even bring the penimbang makanan to cafeteria. Timbang, rekod, kira dan buat laporan. That was how it goes.
That lasts for 3 days. Fuh.
Timbang my meal

Next, Pemakanan Sepanjang Hayat. The assignment was, making our own 'my life Album'. We need to go through our old album to search for photos since we were born and then paste them into our own album. Assignment ni untuk melihat perkembangan kami sejak bayi hingga dewasa. There were many patterns and kinds of albums made by us. Creativity needed.

The last subject i wanna tell you is Pengeluaran dan Pengurusan Perkhidmatan Makanan or in short, PPPM.
Subjek ni memerlukan kami menjayakan satu projek jualan makanan, which was held at faculty. Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan, bertemakan Asean Food Fiesta. We need to cook and sell foods from 4 countries, mengikut kumpulan. Mine was Vietnam so we need to cook vietnamese foods. Pilihan kami adalah Beef Noodle Soup, Vietnamese Roll and Mint Lime Juice. Kami juga buat desserts untuk jualan dedikasi and we made Blueberry Muffin and Caramel Chocolate Cake.
Alhamdulillah, it went well eventhough it was so tiring sebab kami kena buat few trials di lab (dapur masakan kami, we call it lab) dan perlu stay till midnight di lab utk siapkan order. Well, worth it.








Jump to the main event of the year, which was Nutri and Diet Dinner.

Wednesday, December 10, 2014

Cerita Menuju Impian -Tahun Satu

Assalamualaikum dan hai.

Ini kisah lama. (lama ke?)

Sementara masih bergelar seorang mahasiswa UKM ni (kejap je, dah Third Year), teringin untuk coretkan pengalaman selama berada disini. Tapi hanya mampu coretkan apa yang ingat la. Haha. So bear with it if you would like to know :D

Sept 2012

The first time ever menjejakkan kaki ke UKM KL. Serius sebelum ni duk ingat UKM kat bangi je (benda biasa bagi seorang freshie). Well mula-mula was so excited, seeing that the college is just beside the famous one Taman Tasik Titiwangsa. Cool kan?
The first few weeks we had orientation (benda biasa la kan) so i just dont want to tell about the orientation week sebab it was a usual one. Macam biasa, like those you had  at your school and matric. Tapi this time around, hargai lah orientation weeks ni sebab it will be your last. yes.

Kelas saya ada 23 orang with 4 guys and the rest are girls. Expected from Nutrition Science class sebab seniors atas kami takde lelaki pun. Huhu. As usual, it was awkward moments during the first time meeting but i had a good feeling about my classmates and i was true because all of them are such good friends ^^.

First group photo of us 


Jump through the year

Sepanjang tahun satu, we had learnt a lot, daripada tak tahu apa itu Sains Pemakanan, to enjoying this course a bit. Kawan kepada course kami adalah Program Dietetik. Ramai yang tersilap, tertukar dan tak tahu apa beza antara dua ni. Dulu pun, masa apply U, letak Dietetik and nampak ada nama Pemakanan terus letak jugak as options (ingat kan sama ><)

Saturday, November 15, 2014

Saya terharu

Dengan nama Allah yang mengurniakan segala nikmat ke dalam kehidupan kita. Alhamdulillah.

Saya terharu.

Terharu. Satu perasaan yang menunjukkan rasa berterima kasih, rasa hati disentuh . Er. Ini bukan wikipedia. :)
Kenapa agaknya saya terharu? Kalau nak tahu anda kena bersabar untuk sebarang kata-kata provokasi yang menggelikan mahupun terlampau 'manis'  :D

Saya terharu berada dalam kalangan 'abnaul harakah' - Usrah My Family.

Cliche.

Dalam usrah saya dapat rasakan kemanisan berukhuwah.

Cliche . .

Serius, kalau tak alaminya, tak tahu!

Cliche, lagi.

Betul la! Tak caye kena join la.

Cliche cliche cliche

Eh ni kenapa tak percaya sangat ni?

Kenapa?

Semua yang disebutkan di atas adalah benar. Termasuk ayat 'cliche' itu.

Seringkali, bila diceritakan tentang manisnya berukhuwah, orang akan kata, ~~cliche~~

Tapi saya menyangkal kata-kata klise sebab SAYA SENDIRI MERASAINYA.

Terharu serius terharu.

Berada dalam kelompok ini saya dapat rasakan kasih sayang yang saya dapat lebih dari apa yg saya berikan hari-hari.

Love input > Love output

Walaupun terdapat pelbagai jenis ragam 'adik-beradik', pelbagai lapisan umur dan pelbagai cara masing-masing tapi semua tu kadang-kadang dilupakan bila berukhuwah. Atas dasar hormat, saling percaya dan yakin antara satu sama lain, mengeratkan lagi hubungan kami.

Apa yang menarik sangat ni? meh nak cite.

- Ada orang peduli. Ya, tentang semua.

Thursday, October 30, 2014

Bedah Lagu: Di Sebalik TEPi SiKiT

Tepi sikit. Kalau anda tahu apa yang saya maksudkan, terima kasih. Jika tidak, tidak mengapa. Saya hormat.

Melodi lagu ini sudah lama diperdengarkan di corong radio, tapi tergerak hati saya untuk mendalami lirik yang cuba disampaikan. Hmm curious juga.

Jadi apa yang disebalik 'tepi sikit'?

Rentak lagunya rancak, tak tertangkap bait lirik yang dilagukan. selepas melihat kepada liriknya, saya mendapat sesuatu, yang bagi saya cukup bagus untuk dijadikan lirik memberi harapan.

Kenapa saya katakan begitu? saya memetik beberapa potong dari lirik lagu ini dan saya akan cuba perjelaskan kepada anda apa yang saya faham. Boleh kan? :)

Apa yang kau mahu
Semua ku beri
Apa yang kau mahu
Mahu apa lagi
Bagaimana aku pula
Aku serik
Jadi ku ingin jalan sana
Tolong tepi sikit



tapi sekarang memang jelas, wang tidak boleh beli class
Duit tidak boleh beli masa


Biar yang lalu jadi yang lalu
Apa yang jadi hari esok, itu esok baru tahu


Kau ada tau kisah ke
Atau kau saja nak buruk sangka
Yang buruk sangka tu tolong simpan kata kata sebelum terlebih belanja



Tak salah yang aku pernah cuba
Yang pernah gagal
Berdiri semula



Kita sudah dewasa, dewasa pun nak merajuk?
Ku sudah kata kalau hidung tinggi, tak lihat apa di bawah



Aku tak sanggup tahan buat selamanya
yeah, sebaiknya aku mempunyai rencana

dan aku sedia, aku rela
melukakan segalanya dan aku sudah berubah


Secara overall nya, apa yg saya faham dari lagu ini adalah ia sebuah lagu menceritakan tentang 'KEBANGKITAN'.



Bangkit dari cengkaman yang zalim
Bangkit dari pembuli moden
Bangkit dari penjara sistem yang tidak berkesudahan
Bangkit dan bangkit menyatakan kebenaran
Menegakkan hak kita yang layak

Para politikus pemerintah peng'arah' pemimpin dan segala golongan atasan yang sentiasa dahagakan kuasa dan harta, apa mereka fikir duit boleh beli segalanya? semestinya tidak.
Marhaen yang lemah daya, tiada kuasa harus bangkit menyatakan yang benar.
Serik lah dengan semua tipu daya
Serik lah dengan hasutan semata
Serik lah dengan janji kononya

Kerana hak kita milik kita.

Apabila suara kebebasan dilaungkan, mereka menindas, memberi komen, mengkritik dan melabel.
Sangka baik? mereka tolak ketepi.

Kerana apa? Bila berhidung tinggi, tidak nampak apa yang dibawah.
Bila bongkak, kaburkan simpati
Bila riyak, kasihan mati.

Yang pasti bukan semua
Tapi yang gila kuasa

:) Buka Minda

Carilah hikmah disebalik kejadian.