Saturday, January 12, 2013

Saat suka Awak duka

Lega. 11 Januari 2013 menoktahkan exam yang telah 2 minggu saya berhempas pulas (tak sangat kot) hehe.
well, exam dah habis. tunggu nak balik cuti kat rumah, suka suka suka :D

Teringat semalam, 15 minit terakhir exam, bibirku menguntum senyuman memanjang atau lebih tepat lagi tersengih je sepanjang 15 minit tu. haha. Dalam otak dah mula memikir mikir apa ye nak dibuat waktu cuti. hehe. sangat gembira sebab akhirnya saat yang ditunggu tiba jua!

Alhamdulillah habis exam saya dan kawan2 outing ke Times Square, cover balik tak outing sebulan. hehe. sambil2 tu pegi beli hadiah untuk adikku yang dapat PMR 9A hari tu dan untuk baby girl Sofia yang baru lahir(anak sepupu) ><  tak sabar nak jumpa budak comel tu. kuikuikui

Tapi
Dikala kita suka pasti ada yang berduka.

Itulah fitrah kehidupan. Di saat2 gembira habis exam, kawan saya menerima panggilan mengkhabarkan ayahnya jatuh pokok dan patah kaki. Semoga dia tabah dan sabar sementara menanti hari pulang ke kampung halaman.

Begitulah kitaran hidup kan?
Hari ni kita gembira. Mungkin esok... tak, mungkin satu saat kemudian kita akan sedih? Siapa tahu.
Maka penuhilah hari kita dengan sifat2 positif supaya hidup akan sentiasa ceria.

Even though you're in crucial moment, be positive. It's not that i'm telling you to laugh all the time but i'm telling you to stay calm :)

If....

Something bad happened
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.

Something good happened
“Maka hendaklah mereka sedikit tertawa dan ba­nyak menangis, sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan.”

InsyaAllah.
Till then,say bye wassalam.

~Hoping the final result will come out good



Friday, December 28, 2012

Status : mOOd exam ?

Pintu dikuak.
"Eh, baru solat subuh? dah Dhuha bro! "

Usop tersengih- sengih macam kerang busuk.
Daud melangkah masuk.

"Aku stadi gilerrr malam tadi. Pukul 4 baru landing. Tu pasal tak sedar subuh, mood exam doe"
Usop angkat kening.

"Ewah ewah ewah mood exam konon. Aku boleh je bangun subuh. Apa macam?"

"Kau .. errr"
Dan Usop tersengih lagi macam kerang hancur <ade ke?> 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Oke. itu adalah intro. I guess u guys dapat feel entry ni pasal apa kan?? 
if u say..

"mesti pasal exam"

Ye Betol 

"mesti suruh jaga solat walaupun busy stadi"

Ye Betol Betol

"mesti nak suruh jangan lupa Tuhan walaupun busy stadi"

Ye Betol Betol Betol

"Alaaaa senang cite. Nak suruh jangan jadi hamba stadi lerr tu. Betul tak Cik Bintang yang comel?"><
Ye Betol Betol Betol dan Betol!

Alahaiii~~ bejaksana dan jiniyus kawan kawan saya neh ye. :D :D

So I guess you got the point kan? 

Exam season ni don't feel hebat sangat lahh with your study. You guess kalau kamu stadi sampai tak terlaksana kewajipan tu oke?
Op Coz lah tak!
Macamana nak dapat berkat stadi kalau kewajipan kat Allah pon tak terbuat. Hmmm masing masing bijak sila pikir elok2 , juga kepada diri ini yang tersangat lah hina ><

Badaway,
Exam season ni muka saya dah macam :


Zombie ! Ngeee~ tapi hidup mesti diteruskan .
Balancekan Tanggungjawab kite oke! Saya pon masih mencari cari the best way nak bagi balance uruskan tanggungjawab but i'm trying my best to give priority to the most important thing so u too ?

Till then,say bye. Wassalam.


Wednesday, December 26, 2012

Sesuci Air Wudhu'

"Allahuakbar Allahukbar! .."

Kedengaran sayup sayup azan berkumandang. Aliya menutup buku Anatomy. Seusai membaca doa selepas azan, dia bangkit menuju ke tandas untuk mengambil wudhu'.

Pili air dibuka sederhana.

Bismillahirrahmanirrahim..

Wudhu' dimulakan. Kedua belah tangan dibasuh.
Kemudian berkumur sesudah itu dia membasuh muka.
Selepas itu ..

(Hatinya terdetik) "Petang nanti nak makan apa ye? Asyik nasi goreng je..hmm "

Errrr??

Aik? Dia melihat tindakannya. Dah basuh telinga dah? Dah niat belum?Tangan hingga siku dan kepala basuh tak tadi ye?

"Astaghfirullah!"



Sahabat, pernah tak sahabat menghadapi situasi seperti Aliya?

Whatever your answer is, for me, yes i do.

Inilah was was dalam wudhu'. Disebabkan terleka sesaat, Syaitan mula datang menyuntik hati supaya leka dan lalai. Akibatnya kita tidak tumpu pada wudhu' dan akhirnya wudhu' diangkat sia sia.

Begitu sahaja.

Wudhu' merupakan penyuci diri sebelum kita menunaikan solat. Ia bukan sahaja menyucikan secara zahir tetapi juga secara lahiriah. Sesungguhnya wudhu' juga merupakan penyuci dosa dosa.

“Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, ”Apabila seorang muslim atau mukmin berwuduk, maka dia membasuh mukanya keluarlah daripada mukanya itu segala dosa yang dilakukan oleh matanya bersama air atau bersama dengan titisan air yang akhir. Apabila dia membasuh kedua tangannya keluarlah daripada keduanya segala dosa yang dilakukan oleh tangannya bersama air atau bersama titisan air yang akhir. Apabila dia membasuh kedua kakinya keluarlah segala dosa yang dilakukan oleh kedua kakinya bersama air atau bersama titisan air yang akhir sehingga bersihlah dia daripada segala dosa.” (HR Muslim)


Wudhu' juga telah disebut dalam Al-Quran sebagai satu tuntutan sebelum mengerjakan solat:

Firman Allah SWT:

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwudu'lah) iaitu BASUHLAH muka kamu, dan kedua belah tangan kamu ;meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali. [Maksud surah al-Maidah 05 - 06].

Namun apabila timbul was was dalam wudhu', apa yang perlu dilakukan? Di sini saya bawakan persoalan tentang was was ni yg saya petik dari website islamgrid :


Soalan

Assalamualaikum,saya ada pertanyaan.Begini, di sebabkan terlampau risau dengan niat ketika berwudhu' saya membaca niat setiap kali saya membasuh anggota wudhu' sehinggakan saya terlupa sama ada saya sudah membasuh anggota wudhu itu atau belum. selepas selesai berwudhu, separuh daripada hati saya mengatakan saya sudah membasuhnya, separuh lagi sebaliknya. Pekara ini telah berlaku. lalu saya berijtihad bahawa saya sudah membasuh anggota tersebut. adakah sah wudhu saya?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Di dalam berwudhu’, niat dibaca semasa membasuh muka (sebaik sahaja air menyentuh muka) dan bukannya dilakukan pada setiap kali membasuh anggota wudhu’ yang lain.
Dalam hal ini, kesangsian atau was was yang anda alami perlu dikawal. Jika anda sangsikan sama ada telah membasuh muka ataupun belum, anda Cuma perlu melihat adakah muka anda telah basah disirami air ataupun belum. Jika telah basah, ini bermakna ia telah dibasuh dan anda telah pun berniat mengangkat wudhu’.
Selain itu, untuk menghindarkan daripada perasaan was was ini, anda diingatkan supaya menumpukan perhatian kepada proses mengangkat wudhu’ dan tidak berbual ataupun bercakap-cakap semasa mengangkat wudhu’ kerana ia boleh menghilangkan tumpuan serta dihukumkan makruh jika berbuat demikian. Wallahu 'Alam.




Saat kaki melangkah untuk pergi berwudhu', sertakan niat supaya Allah menggugurkan dosa dosa yang kita lakukan kerana anggota anggota inilah yang selalu kita palitkan dengan maksiat, mata memandang perkara perkara yang tidak sepatutnya, kaki melangkah ke tempat tempat yang Allah larang dan tangan melakukan kejahatan kejahatan. Titipkan juga penyesalan di hati dan taubat dari perkara yang tidak redhai. Inilah konsep wudhu' zahir dan batin seperti perbualan dari ulama' dan ahli ibadah ini :

Suatu hari, Isham bin Yusuf menghadiri majlis Hatim Al-Asham, Isham bertanya, “Wahai Abu Abdirrahman, bagaimanakah cara Anda shalat?” Hatim menjawab, “Apabila masuk waktu shalat aku berwudhu dengan lahir dan bathin.” Isham bertanya, “Bagaimana maksud wudhu lahir dan bathin itu?” Hatim menjawab, “Wudhu lahir sebagaimana biasa, yaitu membasuh semua anggota wudhu dengan air. Sementara wudhu bathin adalah membasuh hati dari tujuh perkara; bertaubat, menyesali dosa yang dilakukan, tidak tergila-gila oleh dunia, tidak mencari pujian orang (riya’), tidak gila jabatan, membersihkan dari kebencian dan kedengkian.”

Jom hayati wudhu'!

Till then, say bye wassalam.


Saturday, December 22, 2012

Perginya seorang sahabat..

Assalamualaikum.

Di pagi yang hening.. saya menerima satu panggilan.

"Assalamualaikum. Tahu tak Aisyah dah takde?"

"Allahuakbar! Apa ni.. ??"

"Ye Aisyah dah takde. Meninggal malam tadi.."

"Innalillahiwainnailaihirajiun..."


Dia telah pergi,seorang sahabat saya dari sekolah rendah. Kali terakhir bertemu dgn dia adalah waktu cuti matrik tahun lepas. Allah.. dah lama tak jumpa dia dan sekarang dia telah kembali menemui Pencipta.

Sedih

Sedih

Sebak di dada, air mata mengalir di bening mata.

Arwah disahkan mempunyai masalah usus selepas pembedahan perut. Tubuh badan arwah bengkak dipercayai akibat buatan orang. Tapi hanya Allah yang tahu yang sebenarnya. Mungkin benar mungkin tidak.

Marah

Geram

Ye sakit hati pedih dan kecewa jika benar arwah terkena buatan orang. Betapa kejamnya manusia betapa angkuhnya menghukum orang lain mengikut kemahuan nafsu sendiri. Allahuakbar. 
Semoga yang jahat itu diberikan hidayah bertaubat dan meminta maaf dengan keluarga arwah.



Arwah telah pergi.. kita bila lagi?

Kita tak pernah tahu bila di mana dan bagaimana kita akan pergi selamanya.. jadi sahabat sahabat yang disayangi Allah.. ayuh sama sama kita istiqamahkan doa

"Ya Allah matikan kami dalam keimanan"

Inilah kehidupan . Manusia dilahirkan dan dimatikan. Ada yg lahir secara baik ada yang tidak. Ada yg mati dalam keadaan baik ada yang tragik. Tapi penentuan di akhirat hanya Allah yang tahu. 
Allah telah berfirman:

"Setiap yang hidup pasti akan mati.."


Ye itu janji Allah. Yang hidup PASTI akan mati tetapi entah bila kita hanya mampu berdoa agar di saat kematian menjengah, keadaan kita dalam keredhaan Allah. InsyaAllah!

Sesungguhnya pemergian sahabatku ini memberi satu impak kepadaku. Agar 

Jangan leka dengan perkara sia sia

Selalu beringat Allah sentiasa memerhatikan kita

Jadilah sahabat yang concern yang sentiasa menyayangi sahabatnya yang lain


Semoga kita tergolong dalam orang orang yang diredhai Allah tika masih bernyawa mahupun saat roh ditarik untuk selamanya...


Boleh tak luangkan 10 saat untuk mendoakan sahabat saya? 

Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah yang Maha Pengampun dosa dosa serta Maha Pengasih lagi Penyayang
Kami memohon ampun atas segala dosa dosa kami yang kecil dan besar yang sengaja dan tidak sengaja
Semoga kami sentiasa dalam rahmat Mu
Ya Allah Engkau cucurilah rahmat kepada sahabat kami yang telah engkau tetapkan ajalnya pergi selamanya sebelum kami
Ampunilah dosa dosa nya Ya Allah. Tempatkanlah dia bersama orang orang yang Engkau redhai
Sesungguhnya kami halalkan segala silapnya dengan kami dan kami mengharapkan dia memaafkan kesilapan kami terhadap dia
AllahummaAmin AllahummaAmin
Ya Allah kami mengetahui bahawa janjiMu tidak pernah salah
Kami tahu kami jua akan menyusul pergi meninggalkan dunia ini
Maka Ya Allah seandainya saat itu tiba, matikanlah kami dalam keimanan
Matikanlah kami dalam keimanan
Matikanlah kami dalam keimanan
Allah yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu.
Amin Ya RabbalAlamin.
Al-Fatihah

Terima kasih sahabat. :)
Arwah telah pergi pada 22 Dis 2012 pada jam 2pagi.

Say bye. Wassalam.