Assalamualaikum.
27 Rejab 1435H- Di Bawah teduhan pokok rendang, Tasik Titiwangsa.
Alhamdulillah
segala puji bagi Allah. Hari ini adik-adik usrah mengajak untuk
be-rehlah dan berusrah. Perkara biasa yang ada dalam rehlah-makanan.
Tapi bukan makanan fizikal sahaja tetapi juga makanan jiwa :)
Kami berkongsi Kisah Israk Mikraj, Kelebihan Syaaban dan pengalaman Ramadhan. Indah dan bahagia melihat senyuman mereka.
Selepas
hampir dua jam, kami mengakhiri usrah dengan ucapan daripada setiap
ahli usrah. Apabila setiap dari mereka memberi kata-kata serta berkongsi
pengalaman berusrah sepanjang tahun ini, hati saya tersentuh.
" Alhamdulillah, saya dapat banyak ilmu"
" Saya dapat rasakan perubahan dalam diri saya terutama dari segi pemakaian"
" Saya mula membaca buku islamik sekarang- berkaitan kiamat"
" Saya dapat ketenangan apabila datang usrah"
"Saya dapat reflect diri apabila hadir usrah"
Terharu dan bersyukur.
Masya-Allah. Di saat itu hati saya teringat satu peristiwa beberapa hari sebelum itu. Perbualan saya dengan seorang kakak.
"Akak, saya tak tahu kenapa, tapi saya rasa saya tidak sesuai dengan adik usrah"
"Kenapa? Awak rasa tak mampu ke?"
"Entah la akak, saya rasa ada sesuatu tak kena. Emm"
Astaghfirullah. Selepas usrah tadi, kini saya sedar tentang sesuatu.
Pentarbiyahan tidak berlaku dalam masa yang singkat tetapi mengambil masa. Apa yang diperlukan adalah SABAR.
Sabar
dalam mentarbiyah dan ditarbiyah. Sebagai seorang naqibah, saya perlu
sabar dalam mentarbiyah adik-adik usrah kerana mereka juga sabar untuk
ditarbiyah. Betapa besar komitmen mereka untuk hadir ke usrah dan
mengucap kata maaf apabila tidak dapat hadir ke usrah.
Saya
sedar, perasaan tidak kena itu sebenarnya datang dari diri sendiri.
Mungkin ini adalah punca dari diri ini seorang pendosa. Dosa yang
menjadi hijab daripada melihat kesungguhan, kesabaran serta keindahan
dalam berukhuwah bersama mereka. Sehingga hadirnya perasaan tidak yakin
dan percaya. Nauzubillah.