Saturday, November 15, 2014

Saya terharu

Dengan nama Allah yang mengurniakan segala nikmat ke dalam kehidupan kita. Alhamdulillah.

Saya terharu.

Terharu. Satu perasaan yang menunjukkan rasa berterima kasih, rasa hati disentuh . Er. Ini bukan wikipedia. :)
Kenapa agaknya saya terharu? Kalau nak tahu anda kena bersabar untuk sebarang kata-kata provokasi yang menggelikan mahupun terlampau 'manis'  :D

Saya terharu berada dalam kalangan 'abnaul harakah' - Usrah My Family.

Cliche.

Dalam usrah saya dapat rasakan kemanisan berukhuwah.

Cliche . .

Serius, kalau tak alaminya, tak tahu!

Cliche, lagi.

Betul la! Tak caye kena join la.

Cliche cliche cliche

Eh ni kenapa tak percaya sangat ni?

Kenapa?

Semua yang disebutkan di atas adalah benar. Termasuk ayat 'cliche' itu.

Seringkali, bila diceritakan tentang manisnya berukhuwah, orang akan kata, ~~cliche~~

Tapi saya menyangkal kata-kata klise sebab SAYA SENDIRI MERASAINYA.

Terharu serius terharu.

Berada dalam kelompok ini saya dapat rasakan kasih sayang yang saya dapat lebih dari apa yg saya berikan hari-hari.

Love input > Love output

Walaupun terdapat pelbagai jenis ragam 'adik-beradik', pelbagai lapisan umur dan pelbagai cara masing-masing tapi semua tu kadang-kadang dilupakan bila berukhuwah. Atas dasar hormat, saling percaya dan yakin antara satu sama lain, mengeratkan lagi hubungan kami.

Apa yang menarik sangat ni? meh nak cite.

- Ada orang peduli. Ya, tentang semua.