Tuesday, October 18, 2016

Bedah Drama | Seito-shokun

PAHITNYA MASA SILAM

Saya baru sahaja selesai menonton satu drama Jepun yang bertajuk Seito-shokun (Dear students!). Jalan cerita best dan tak bosan. Tema persahabatan dan keluarga memang sesuai dibawa oleh drama Jepun. 

Drama mengisahkan seorang wanita yang mempunyai masa silam yang pahit dan berazam untuk menjadi guru. Dia ditugaskan di sebuah sekolah untuk tugas pertamanya sebagai guru. Malang sekali, kelas yang ditugaskan untuknya adalah kelas yang mempunyai sejarah pahit yang membuatkan semua pelajar bertekad untuk tidak perlukan guru bagi kelas mereka. 

Hari pertama sudah memberikan beban yang berat kepadanya tapi dia masih tersenyum lebar. Dia seorang yang positif dan selalu membuat orang lain bersemangat. Drama ini berlanjutan daripada pendedahan rahsia besar kelas dan sekolah tu sehinggalah kepada rahsia gelap seorang pelajar. 

Saya sangat kagum dengan kecekalan yang ditunjukkan oleh wanita itu. Dia bukan saje dapat mengubah seorang pelajar malah memberikan inspirasi buat badan tertinggi kementerian pelajaran. Hebat kan?

Haa hebat tak hebat lagi, dalam drama ni setiap watak mempunyai kisah silam yang pahit dan ia diceritakan dengan sebaiknya, diterjemahkan dalam watak dan penceritaan yang mampu menusuk jiwa (huyyo). Serius. Bila tengok drama ni rasa macam nak senyum, nangis, gelak dan nak marah pun ada.

Ada 30 orang pelajar dalam kelas dan semua memainkan peranan masing-masing. Semua watak diserlahkan. RARE kan. Drama Jepun je yang boleh buat macam ni rasanya. Hm. 

Apa yang penting, drama ni membawa satu nilai besar - Pahitnya masa silam akan menumbangkan atau menguatkan seseorang.

1. Naoko Sensei - dia dilahirkan kembar tetapi kembarnya sakit dan meninggal dunia. Ibunya tidak mengenalinya pada awalnya tapi selepas berusaha dan tidak putus asa dia berjaya meyakinkan ibunya bahawa dia adalah anak ibunya.

2. Hinata-san - seorang pegawai di kementerian pelajaran. Dia mempunyai sejarah pahit tentang adiknya yang membuatkannya putus asa dengan manusia dan hanya ingin mengejar kuasa. Tapi selepas berjumpa dengan Naoko, persepsinya mula berubah.

3. Kelas 3 - satu kisah hitam terpalit pada pelajar kelas ini yang membuatkan remaja yang baru ingin mengenal dunia membenci dan tidak mempercayai orang dewasa. Mereka berikrar untuk tidak perlukan guru lagi dalam kelas mereka. Atas ketabahan Naoko, akhirnya...

4. Juria - nama dia comel. Dia ketua geng yang membalas dendam terhadap orang dewasa. Seorang yang pendiam tapi penuh misteri. Sejarah hitamnya telah mengubah dirinya menjadi kejam dan berdendam. Setelah rahsia Juria terbongkar, Naoko banyak membantunya mencari kembali semangat untuk terus hidup.



Drama ni ada kecomelannya, kemisteriannya, keseramannya dan keharmoniannya. Tak sangka boleh nangis kat bahagian akhir drama ni. Terharu kot buat scene macam tu. Kalau anda sedang mencari drama yang best dan ada good values saya cadangkan Seito-shokun! 

Yang pasti, tonton dan carilah hikmahnya ya! Manfaatkan masa kita:)

Till then, wassalam.

2 comments:

  1. drama rare kau pilih ni..nice sharing btw.. Ada kt tenet ke cerita nih, mana nak dapat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada.Cuba bukak website kissasian atau dramanice. Drama jepun tema friendship memang best

      Delete

Thanks for dropping your comments. Tick on 'Notify Me' to get notified on any replies for you :)