Tuesday, September 8, 2015

HIDUP INI PILIHAN



Percaya atau tidak, kita hidup dengan membuat pilihan. Setiap perkara pasti ada pilihan untuk kita tentukan.

Mahu makan atau tidak?
Mahu ke kelas atau tidak?
Mahu ke surau atau tidak?
Mahu beli atau tidak?
Mahu pergi atau tidak?
.
Nak makan apa?
Nak beli apa? Yang mana?
Nak tolong tak?

dan sebagainya. 

Hidup kita dipenuhi dengan pilihan. Di dalam buku 'Hidup ini Pilihan' oleh Parlindungan Marpaung, saya teringat satu kisah tentang seorang isteri yang memilih untuk setia kepada suaminya walaupun suaminya telah meninggal dunia. Dia menanti suaminya diatas bukit di dalam pondok yang dibina oleh suaminya sehingga dia sendiri meninggal dunia.
Ya, kuasa cinta.

Ada pula kisah seorang pesakit yang di 'doktrin' oleh doktor tentang penyakitnya. Dr itu, walaupun tahu lelaki itu hanya mempunyai masa yang singkat untuk hidup, memberitahu kepadanya bahawa dia boleh sembuh jika dia teruskan rawatan dan terus positif. Ajaibnya kuasa positif dan azam yang tinggi lelaki itu (dan semestinya atas kuasa Allah), akhirnya dia sembuh.
Pilihannya adalah untuk terus hidup.

Dan memoriku kembali kepada saat-saat aku mengajar anak-anak di Desa di Bogor. Mereka punya azam yang tinggi, tak kenal erti penat dan memilih untuk terus belajar. Walaupun mereka kadangkala tidak yakin akan kebolehan mereka, tetapi setiap kali aku bertanya kepada mereka;
"Mahu belajar apa hari ini?"
"Bahasa Inggeris kak!"
Kagum. Tiada segan silu tapi hanyalah semangat yang berkobar-kobar dalam diri. Rindu pula kepada anak-anak ini (lap air mata).

Nah, kalau ingin membuat pilihan, harus ada ilmu dan harus tahu tentang apa yang ingin dipilih. Jika kita membuat pilihan dengan membuta tuli, dibimbangi pilihan kita kelak boleh memakan kita.


Bagaimana membuat pilihan yang besar dalam hidup? 

1. Ada ilmu.
Semestinya kita harus tahu tentang perkara yang ingin dipilih. Buatlah kajian tentang sesuatu perkara itu terlebih dahulu. Contohnya, dalam pemilihan pemimpin. Carilah masa untuk melihat latar belakang pemimpin yang ingin dipilih supaya kita dapat membuat pilihan yang bijak.

2. Istikharah (minta petunjuk dari Allah)
Kita harus selalu amalkan solat istikharah supaya pilihan kita sentiasa diberi petunjuk oleh Allah. Perkara kecil juga boleh memberi impak besar dalam kehidupan.

3. Tetapkan hati.
Apabila kita membuat pilihan, tetapkan hati kita. Jangan jadi lalang, dibimbangi hati akan menjadi resah. Jika ada peluang untuk berpatah balik, buat kajian lagi dan minta petunjuk dari Allah. Mungkin dosa kita yang menjadi hijab kepada pilihan yang sebelum ini.


Pilihan anda di tangan anda. Selamat membuat pilihan dalam kehidupan.

Senyum. Kekalkan momentum positif.