Saturday, November 15, 2014

Saya terharu

Dengan nama Allah yang mengurniakan segala nikmat ke dalam kehidupan kita. Alhamdulillah.

Saya terharu.

Terharu. Satu perasaan yang menunjukkan rasa berterima kasih, rasa hati disentuh . Er. Ini bukan wikipedia. :)
Kenapa agaknya saya terharu? Kalau nak tahu anda kena bersabar untuk sebarang kata-kata provokasi yang menggelikan mahupun terlampau 'manis'  :D

Saya terharu berada dalam kalangan 'abnaul harakah' - Usrah My Family.

Cliche.

Dalam usrah saya dapat rasakan kemanisan berukhuwah.

Cliche . .

Serius, kalau tak alaminya, tak tahu!

Cliche, lagi.

Betul la! Tak caye kena join la.

Cliche cliche cliche

Eh ni kenapa tak percaya sangat ni?

Kenapa?

Semua yang disebutkan di atas adalah benar. Termasuk ayat 'cliche' itu.

Seringkali, bila diceritakan tentang manisnya berukhuwah, orang akan kata, ~~cliche~~

Tapi saya menyangkal kata-kata klise sebab SAYA SENDIRI MERASAINYA.

Terharu serius terharu.

Berada dalam kelompok ini saya dapat rasakan kasih sayang yang saya dapat lebih dari apa yg saya berikan hari-hari.

Love input > Love output

Walaupun terdapat pelbagai jenis ragam 'adik-beradik', pelbagai lapisan umur dan pelbagai cara masing-masing tapi semua tu kadang-kadang dilupakan bila berukhuwah. Atas dasar hormat, saling percaya dan yakin antara satu sama lain, mengeratkan lagi hubungan kami.

Apa yang menarik sangat ni? meh nak cite.

- Ada orang peduli. Ya, tentang semua.



TARBIYAH
Ops Gegar Subuh. Kalau sorg2 memang liat laaa nak bangun subuh, dan yang best lagi Berjemaah. Ya, berjemaah kat surau ramai-ramai. Kalau 'ponteng' kena denda (well it's not a bad thing) bagi tazkirah.
Waktu Dhuha akan ada yang ingatkan. Supaya terbiasa dan rasakan seperti Dhuha tu Solat wajib (betul). Hari tu, ada ustaz cakap, Nabi SAW melakukan solat dhuha ibarat Dhuha itu solat wajib. SubhanAllah. Kena usaha gigih lagi :)
Termasuk solat-solat jemaah lain dan juga Qiyamullail, mesti ada orang ingatkan.

DAKWAH
Kami dididik supaya pandai memberi tazkirah, menjawab persoalan mad'u dan membiasakan diri dengan halaqah surau. Macam mana? Dengan membudayakan ilmu, banyak baca buku dan tingkatkan pengetahuan agama (pergi kuliah etc.). Setiap hari insyaAllah akan ada halaqah untuk perkongsian ilmu dan tilawah Al-Quran. Alhamdulillah.

AKADEMIK
Setiap minggu ada study group, hari-hari kena baca nota walau satu. Mulakan dgn mengaji atau berzikir. Keputusan exam dikongsi dan kata-kata semangat diberikan hampir tiap-tiap minggu. Kerana apa? Seorang da'ie tidak boleh hebat pada lantang suaranya sahaja tapi juga pada akademik nya. InsyaAllah.

DIRI SAYA
Sudah semestinya akan ada yang peduli tentang kesihatan, busy ke tak, buat apa, okay tak, dah makan ke dan semua lah! Kalau sakit ada yang bertanya khabar dan bawak ke hospital, suap makanan bagi ubat. feeling loved <3 huhuhuu.

Firman Allah swt:
                                                                     إنَّمَا المُؤْمِنُونَ إِخْوَة
“Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara.”
                                                               [Qs.49 (al-Hujuraat):10] 

Dah panjang dah cite. banyak lagi sebenarnya perkara yg saya sukaaa berada dengan mereka tapi biarlah rahsia. haha. Lumrah dalam hubungan, kadang2 ada terguris hati, terasa, tersakiti tapi kami saling tegur kesilapan masing2, terima dengan hati terbuka sebab ukhuwah yg dibina atas dasar iman harus saling ingat-mengingati dan tegur-menegur kan ^^, insyaAllah.

A part of the family

Saya sayang 'keluarga' saya with all my heart kerana insyaAllah cinta dan kasih sayang antara kami ini kerana Allah. Matlamatnya, bersama-sama menuju syurga Allah. Aminn insyaAllah

Kepada adik beradik U khususnya. Saya sayang anda semua! Terima kasih from your adik >.< huhu.
Kepada adik2, kakak2 and 'so-called brothers' Terima kasih banyak atas doa, sokongan kalian. Semoga Allah merahmati kita semua dan anda juga, ya anda pembaca !

UKHUWAH FILLAH MEMANG BEST ~ cliche






2 comments:

  1. akak pun terharu sebenarnye dengan post wawa.. =')

    bersyukur kepada Allah atas takdirNya yang membuatkan kita bertemu dengan 'mereka' di UKM ni kan =)

    bertemu kamu juga wa ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Semoga hubungan kita kekal hingga ke syurga :*

      Delete

Thanks for dropping your comments. Tick on 'Notify Me' to get notified on any replies for you :)