Wednesday, December 12, 2012

Jom jaga hubungan!

Assalamualaikum!

Alhamdulillah tadi sempat berhalaqah ukhuwah dengan sahabat2 yang daebak dan naqibah yang comeyyyy . :D

Banyak cerita kami kongsi dan banyak kesah yang keluar dari mulut masing2. Biasalah bila dah dalam Halaqah ni, semua nak manja manja. Ngeee

Well tadi saya ada kongsi satu hadis dengan sahabat2. Nak tahu hadis mana?
Nih saya kongsi kat semua. Terima kaseh kepada cahayamukmin.blogspot.com  .

Rasulullah telah menjelaskan dalam satu hadis mengenai mereka yang dikatakan bankrup.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?

Sahabat menjawab: “Orang yang muflis di kalangan kami ialah seseorang yang tidak memiliki wang dan juga tiada memiliki harta.”

Lalu Rasulullah menjawab: “Sebenarnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah seseorang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat, tetapi dahulunya waktu di dunia ia pernah mencaci maki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpahkan darah seseorang dan pernah memukul seseorang. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitu pula seterusnya terhadap orang yang pernah teraniaya, ia akan diberikan pula daripada pahala kebaikan orang tadi, apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiayaannya belum lagi dibayar semuanya, maka akan diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam api neraka.”  (Riwayat Muslim)


Read more: http://cahayamukmin.blogspot.com/2009/02/orang-yang-muflis.html#ixzz2EqlqD26b


Daripada hadis di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa dalam hidup kita haruslah kuatkan ikatan

Hablun MinAllah dan Hablun Minannas

"Hubungan dengan Allah dan Hubungan dengan manusia"



Sahabat, hidup ni bukan sorang2.

Hidup ni ramai2 jadi kita haruslah saling menjaga hati satu sama lain. Walaupun berjuta juta ilmu di dada dan banyak amal ibadah kita, tapi kalau kita asyik duk Mengumpat, Mencaci, Menghina, Menyakiti hati orang lain... semua amalan could be useless sebab hubungan kita dengan manusia kosong.

Kosong 

Dan cuba kita fikir kalaulah seorang pemimpin negara or anything but a leader, somehow if they make the citizens sakit hati dan tak puas hati dengan dia, berapa banyak pahala kebaikan yang akan ditarik darinya?

Okey. Tak payah nak fikir jauh jauh. Kita sendiri when we are a leader.

Kita?

Ye. Kita sendiri. 

Time kita jadi ketua, pengarah projek, pengerusi kelab dan macam macam lagi, banyak mana agaknya kita dah buat orang lain sakit hati dan tak puas hati?

Hmmm

If u think there was none. Alhamdulillah
but if you think there was, gagahkan diri ucapkan

I'M SORRY
MINTA MAAF
AASIF

Senang je sebenarnya kan? walaupun senang kenalah ikhlaskan hati ye :D

Before tidur, jom minta maaf dan memaafkan. Jangan la memaafkan malam ni, esok sakit hati balik ye. ><

Kita cuba kukuhkan ikatan Hablun minAllah dan Hablun Minannas !

Sebelum tekan noktah, ni petikan keterangan dari Cahaya Mukmin, sama2 renungkan .:

Jelaslah bahawa jika kita banyak beramal atau banyak ilmu sekalipun tetapi jika kita tidak meninggalkan perbuatan mengumpat, menghina, menuduh, mengambil harta orang atau menyakiti orang lain, maka amalan yang banyak itu kelak akan habis begitu sahaja kerana ia menjadi penebus kepada dosa yang dilakukan kepada orang lain. Akhirnya kita bankrup dan dihumban ke neraka kerana dosa orang lain yang dibebankan ke atas kita.Kesimpulannya ialah jika kita hanya melakukan ibadat sahaja tetapi tidak meninggalkan perbuatan umpat, keji,menuduh dan zalim kepada orang lain, maka sebenarnya kita masih di tebing neraka. Dosa kepada Allah mungkin boleh ditebus dengan bertaubat, tetapi dosa kepada manusia tidak akan diampunkan Allah kecuali kita meminta ampun kepada orang tersebut. Beringatlah!

Read more: http://cahayamukmin.blogspot.com/2009/02/orang-yang-muflis.html#ixzz2EqqopaHY

Till then, say bye.
Assalamualaikum!

Jom jadi abid 24jam ><

No comments:

Post a Comment

Thanks for dropping your comments. Tick on 'Notify Me' to get notified on any replies for you :)