Thursday, March 26, 2015

TEKANAN!

Tertekan.
Senja ni tertekan kunci keyboard menulis kata-kata luahan rasa yang terpendam di jiwa bagaikan nak runtuh tenggelam dek beratnya pendaman yang membara.
Apa tu? ==''

Jujur. Lately, i've been i've been losing sleep. Dreaming about the things that we could be. Hah, ternyanyi pulak. Okay back to the topic.

Tekanan. Pressure. Stress.

Aku tak tahu sebab secara spesifik kenapa sejak kebelakangan ni aku rasakan diri aku terumbang-ambing di lautan keresahan. Aku cuba mencapai kayu hanyut yang mendekati diriku tapi lama-kelamaan kayu itu makin terhakis lantas menyedarkan diri aku bahawa hayat aku makin sampai ke titik akhir. Dush, tersedar dari lena.

Saat diri ini tengah hanyut dibuai keselesaan tepukan manja sang nafsu yang bermaharajalela, Allah menjentik hati aku untuk sedar bahawa tepukan manja sang nafsu hanyalah akan membunuh diriku dalam lena yang lama tapi tidak memberi apa-apa kebaikan pun kepada aku.




Aku sedar.
Apabila hatiku sudah tidak berasa tenang dan sentiasa dahagakan curahan ilmu dan perkongsian rasa untuk menghilangkan dahaga, hatiku menunjukkan tanda-tanda dehydration. Extreme dehydration.

Aku sedar.
Apabila aku sudah mula serabut melihat timbunan kerja yang menanti untuk diselesaikan dan senarai amanah yang digendong di bahu, fikiranku bercelaru, sel-sel otak tengah shuffle bermain dengan riang-gembira tanpa peduli risiko berbelit-belit yang akan berlaku.

Aku sedar.
Apabila diri tidak mahu bergegas ke sejadah untuk sujud pada Yang Esa saat mendengar laungan azan, hati aku bagaikan diconteng arang dosa yang buruk karyanya terpalit di dinding hati.

Aku sedar.
Apabila tarikan graviti katil empuk sangat kuat daya tarikannya kepada aku sehinggakan tidak mampu meleraikan ikatan syaiton pada dinihari, imanku berada pada tahap yang nipis senipis kulit dim sum yang cantik membungkus inti yang dapat dilihat dari luar, malah lebih nipis lagi sehinggakan apabila dipegang, ia terus terbuka memuntahkan isi.

Aku sedar.
Apabila aku mula jauh daripada sahabat-sahabat aku, rakan perjuangan dakwah, mahupun rakan perjuangan akademik, sifat keterbukaan aku sudah mula tertutup perlahan-perlahan, ibarat pintu lif yang ditekan butang tutup apabila bersedia untuk bergerak.

Aku sedar.
Apabila aku seringkali ditegur kerana nampak lesu dan tidak bersemangat ditambah pula dengan cuti sakit yang banyak, aku dilanda sifat kemurungan mencari identiti dan kekuatan konkrit yang padu sepadu kubu tentera Al-Fateh saat menawan Konstantinopel.

Dan akhirnya aku sedar. Ya aku sedar.
Bahawa aku ada Allah yang kasih sayang Nya melimpah ruah tak terjangkau oleh fikiran serta sifat PengampunNya yang sangat pemurah.

Kekuatan itu dari Allah dan aku perlu berdoa memohon kekuatan serta berusaha untuk terus kuat meghadapi mehnah yang diberikan.

Aku ingin bebaskan diriku dari belitan sel-sel otak, dari tarikan katil empuk, dari extreme dehydration, dari kenipisan iman dan dari kemurungan (?) yang entah bila akan berakhir jika aku sendiri tidak berusaha.

Bebaskan bebaskan tak mampu bertahan lagi.

Tekanan memberikan satu perspektif positif jika aku sedar dan kini
aku sedar.


BintangHati
26.3.15
.
.
.

"Hmm duk risaukan orang lain kuat tak, diri sendiri pun masih mencari kekuatan. Takpe, Allah ada"

No comments:

Post a Comment

Thanks for dropping your comments. Tick on 'Notify Me' to get notified on any replies for you :)