Wednesday, January 6, 2016

I'd rather hurt than feel nothing at all ?

Konon, konon nak rasa ada perasaan walaupun terpaksa rasa sakit. Tetapi hakikatnya, manusia itu seringkali tumpas dengan hasutan syaitan durjana, yang akan gembira melihat umat manusia bertelingkah. Kerana apa? Kerana seorang rasa sakit yang dipendam pahit, seorang lagi perit menahan rasa serba salah. Akhirnya, tiada yang berani meluahkan dan capai penyelesaian. 

Kadangkala aku ingin bebas dari perasaan dan hidup seperti robot, yang hanya bertindak mengikut apa yang diarahkan kepadanya. Bila bebas dari perasaan, tiada rasa gembira, tiada suka, paling penting tiada benci, tiada sakit hati. 

Best kan hidup begitu? Kau tidak berperasaan tapi hidup tetap diteruskan. Heh.

Mampukah kita sebenarnya? Mampukah kita merasakan sakit daripada tidak merasakan apa-apa?

Tahukah kau, siapa yang berhak menentukan kita mampu atau tidak? Tahu?

Jawapannya, diri kita.



Aku tak perlu persembahkan firman Allah tentang kemampuan hambaNya, kerana aku tahu kita tahu tapi kita buat seperti tidak tahu bila kita tak mahu ingat pun.

Setiap bebanan yang Allah galas di bahu kita semuanya adalah mengikut kemampuan kita. Betul kan? Aku tak tipu. Firman Allah sudah menyatakannya.

Jadi apa masalahnya kalau kita rasa sakit? Teruskan lah. Ia lebih baik daripada kita tidak merasakan apa-apa. Kenapa?

Kerana jika kita rasa sakit, kita sedar kita lemah.
Kita sedar kita hanya hamba yang kadangkala berada di bawah
Kita faham bahawa sakit itu adalah nikmat yang tidak semua orang hargai
Kita tahu Allah itu Maha Pengasih, yang akan bantu kalau kita jatuh

Paling penting, kita sedar bahawa bukan kita seorang yang sakit. Setiap orang punya pengalaman pahit, punya masalah hidup, punya rasa perit.

Kerana kita semua manusia.

Ciptaan yang sempurna tapi kita tidak pernah sempurna.



No comments:

Post a Comment

Thanks for dropping your comments. Tick on 'Notify Me' to get notified on any replies for you :)