Wednesday, January 6, 2016

SI BAJU MERAH Pt 3

Tepat jam 4.30 pagi, Miftah bangun dari lena, menuju ke bilik air untuk mensucikan diri. Dia mengambil wudhu', mengharapkan gugurnya dosa-dosa yang terpalit pada dirinya.
Sejadah dibentangkan, lalu dia mengangkat takbir melaksanakan tahajud.

Hati Miftah tidak keruan sejak semalam. Surat yang disampaikan oleh Kak Suraya bagaikan menghentikan degup jantungnya. Apa perasaannya pada surat itu? Dia masih keliru, dia masih bingung. Lalu, dia bertekad untuk bermunajat kepada Allah, lebih giat dari sebelum ini dengan harapan semoga Allah memberi petunjuk kepadanya.

Usai tahajud, dia memohon taubat kemudian beristikharah. Doanya pada Allah, dia inginkan pilihan yang terbaik, kerana sesungguhnya Allah jua lah yang mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Assalamualaikum Miftah"
"Waalaikumussalam kak"
"Dah baca surat yang akak bagi semalam?"
"Em.."

Fikirannya menangkap bait-bait ayat yang ditulis di dalam surat yang dibaca.

".....Saya Hadif.....
".......Saya mempunyai hajat.....
".....terpikat dengan keperibadian saudari....
"........kesungguhan saudari dalam menjaga akhlak seorang muslimah dalam diri......
".....izinkan saya mengambil saudari sebagai suri di hati.......
".........eloklah sekiranya kita bersama-sama istikharah....
"....semoga Allah berikan kita petunjuk yang terbaik..........

"Miftah?"

"Oh ya kak, saya dah baca. Hadif sampaikan hasratnya melalui akak?"

"Bagus lah. Em, ya tapi dia tak cerita panjang kat akak. Dia hanya sampaikan hasrat dia dan minta akak sampaikan surat tu. Sebenarnya akak nak minta izin awak dahulu untuk buat taaruf tapi Hadif insist on asking directly to you, which by using that letter. Sorry"

"Eh tak apa kak. Saya emm saya.."

"Apa yang perlu saya buat kak?"

Miftah sebak. Entah kenapa.

"Dear, awak tak perlu terburu-buru membuat keputusan. Akak tahu dari hati awak, awak masih keliru. Kembali lah kepada Allah, banyakkan istikharah. Hanya Allah yang mampu memberi petunjuk yang terbaik, sayang."

"Ya akak. Saya sedang mencuba"

"Akak yakin, awak boleh sayang. If there's anything, I'll be here for you."

"Terima kasih akak"

Dia mengukir senyum. Terasa sedikit lega dapat berkongsi rasa dengan kakak naqibahnya.

Siapa sangka, takdir Allah membawa kembali memori nya kepada si baju merah. Hadif yang dia sedaya upaya cuba lupa, cuba lari dari cinta khayalan dan kini, ia kembali tetapi pada keadaan yang berbeza.

Tempoh 2 minggu bagaikan penjara buat dirinya. Dia jarang keluar bilik, jarang makan bersama Hanis apatah lagi melakukan aktiviti luar. Selesai kelas sahaja, dia akan terus pulang ke bilik, merehatkan diri, mencari kekuatan.

"Miftah. Kau tak nak cerita kat aku ke?"

"Hanis, aku... aku rasa bukan masanya lagi. Maafkan aku"

"Tak apa. Aku faham. Aku yakin kau akan diberikan petunjuk dari Allah, apa jua pun masalah yang kau hadapi sekarang"

Hanis senyum. Dia tahu, masalah Miftah adalah perkara serius yang tidak boleh digembar-gemburkan. Kerana itu, dia serahkan kepada Kak Suraya dan Allah SWT.


2 minggu

"Akak!!"
Miftah memeluk erat Kak Suraya yang bertandang ke kolejnya. Terubat rindu pada kakak kesayangannya. Apatah lagi, sudah tiba masanya dia menetapkan keputusan.

"Ini kak"
Miftah menghulurkan sepucuk surat kepada Kak Suraya.

"Awak yakin?"

"InsyaAllah kak. Saya yakin dengan jawapan istikharah saya kak. Sampaikan salam saya kepada Hadif.."

Kak Suraya senyum lantas memeluk adiknya.

"Ya Allah, semoga ini keputusan yang terbaik"

Doanya dalam hati.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sudah 3 minggu berlalu Hari Graduasi nya. Dia memanjatkan kesyukuran kepada Allah. Hasil usaha 4 tahun di universiti akhirnya terbalas. Kad walimah di tangan di baca dengan tekun. Tanpa disedari bibirnya mengukir senyum.

"Kau pergi tak?"
Kedengaran suara Hanis di corong telefon.

"Mestilah. Kenapa tak nak pergi pulak kan"
Miftah tergelak kecil.

"Ya lah, mana tahu..."
"Hanis! Jangan diungkit kisah lama"
"Ok ok. Sorry my dear"

Miftah hanya tersenyum dengan telatah rakannya. Kad walimah yang tertulis Hadif & Ain itu disimpan rapi di atas rak buku.

Kakinya menapak ke taman halaman rumah. Matanya memerhati keindahan alam ciptaan Allah. Begitu hebat perancangan Allah. Segala-galanya adalah sempurna, tiada sedikit pun cacat cela. Sepertimana kisah hidupnya, Allah telah rencanakan dengan sebaiknya.

Hadif bakal menikahi jodohnya, selepas menerima jawapan istikharah dari Miftah setahun yang lepas. Ya, jawapan yang Miftah yakin. Jawapan yang dia dapat selepas berusaha sepenuh hati memohon petunjuk dari Illahi.

Kini hatinya tenang. Tenang dengan cinta hakiki.

Dia yakin, pasti akan sampai cinta jodohnya suatu masa nanti. Biiznillah.
.
.
.
Kerana cinta hakiki ada dalam hati

No comments:

Post a Comment

Thanks for dropping your comments. Tick on 'Notify Me' to get notified on any replies for you :)