Saturday, November 14, 2015

SI BAJU MERAH Pt. 2

Dia merebahkan tubuh ke katil empuknya. Fikirannya masih bingung dengan kata-kata Kak Suraya.
"haish Miftah, tadi cakap dah faham, sekarang pening lagi hmm"
Dia bermonolog. Entah lah, semakin dia fikir, semakin banyak perkara yang dia ingin tahu.

Langkah diatur menapak ke meja belajar. Komputer riba nya dibuka, lantas dia membuka blog kegemarannya di internet. Tiba-tiba matanya tertarik kepada satu tajuk - Bercinta dengan Tuhan.
Eh? Ni bukan ke ayat Kak Suraya tadi? 
Kak Suraya baca blog ni jugak kot, fikirnya.

Entry itu dibaca dangan teliti. Daripada awal sampai akhir, dia membaca dengan bersungguh-sungguh, sambil kepalanya terangguk-angguk tanpa disedarinya. 

<< 
Bagaimana ingin bercinta dengan Tuhan?

   1. Banyakkan beribadah - jalankan tanggungjawab kita sebagai hambaNya agar dapat penuhi hati dengan cinta kepada Allah.
   2.  Banyakkan berdoa - Doa merupakan jalan komunikasi kita dengan Allah.
   3.  Renungkan kebesaran Allah.
   4.  Panjatkan kesyukuran dengan pemberian Allah.
>>

Miftah membuat sedikit catatan pada sticky note dan ditampal pada board di hadapannya.
"Yosh!"
Dia tersenyum sendiri, dalam hatinya punya semangat baru, dia ingin berubah.

Pagi esoknya, cuti hujung minggu. Miftah menuju ke kafe bersama rakan karibnya, Hanis.
"Nak makan nasi lemak lah hari ni"
Miftah mengusulkan.
"Okay jugak. Jom"
Hanis menarik tangan sahabatnya tetapi Miftah tidak berganjak.

"Kenapa Miftah?" Hanis kehairanan.
"Err, jom makan nasi goreng lah"
Miftah mengatur langkah ke arah kaunter nasi goreng, meninggalkan Hanis yang masih kebingungan.
Matanya melilau-lilau, mencari apa yang tidak kena sehingga matanya menangkap satu susuk tubuh yang amat dikenalinya, Hadif.
Hanis tersenyum simpul, dia menggeleng kepala.
"Miftah, Miftah"


"Allah, aku baru je nak buka semangat baru, terus diberi ujian hari ini? Aku harus kuat aku harus kuat aku..."
"Miftah!" Hanis buat kejutan dari belakang.
"Haish, kau ni.... Terkejut tau"
Tersentak Miftah dari lamunannya.

"La.. kau lah yang duk mengelamun."
Hanis mengambil tempat duduk.

"So, tell me."

"Tell you what?"

"Si Baju Merah. Don't pretend nothing happened"

"Well, I choose to not meeting him"

"And why is it?"

Tanpa bersuara, Miftah menghulurkan telefon bimbitnya, selepas membuka sebuah entri yang dibacanya semalam.

"Bercinta dengan Tuhan?"
Hanis meminta kepastian.

"Yes. I just.... wanna give it a try. Why not kan?"
Hanis senyum.
Miftah menjengil mata.

"Apa?"
Hanis senyum lagi.

"Now, why Miss Hanis?" Hidung Hanis dicuitnya.

"You've matured dear Miss Miftah"

"Haha. Takleh blaa statement"

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semalam Hari Konvokesyen. Miftah dan Hanis melihat gambar-gambar yang sempat ditangkap dengan senior-senior mereka. Tanpa disedari, sudah setahun berlalu dan Kak Suraya serta senior yang lain sudah pun bergraduasi. Dia pula, sudah melangkah ke Tahun Akhir."cepatnya masa.." Dia bermonolog.

"Haha. Comel la gambar ni, kau memang saje eh buat muka blurr macam tu?"
"Mana ada.. aku tak sempat posing tu, tetiba je snap huhu"

Hanis sengih. "Eh, tapi kan, aku tak nampak Hadif la semalam, heee"

"Kenapa nak nampak dia ?"

"Emmm saje "
Hanis buat muka nakal.

"I am free of him now okay dear"
Miftah angkat tangan, gaya orang menyerah.

"Okay.. so kiranya misi bercinta dengan Tuhan berjaya la ni?"

Miftah tidak mengangguk atau menggeleng. Dia juga tidak pasti, berjayakah misinya? Setahun yang lalu adalah waktu yang mencabar baginya.

Banyak cabaran yang dihadapinya. Kerapkali ada mesyuarat bersama Si Baju Merah yang perlu dihadirinya dan dia mengambil langkah untuk tunduk sahaja. Ada juga urusan bersama yang perlu diselesaikan dan dia cuba sedaya upaya memendekkan masa berjumpa dan sebolehnya meminta Hanis yang bercakap bagi pihaknya.

Tanpa dia sedari, sikapnya terhadap ikhwah berubah. Dia lebih berhati-hati dan menjaga batas pergaulan. Jika dulu dia memandang ikhwah dengan bersahaja, sekarang dia lebih banyak menundukkan pandangan. Hatinya juga lebih tenang, seiring dengan ibadah yang makin ditingkatkan.

Saban hari, dia memanjat doa kepada Allah agar dijauhkan dari pemikiran yang boleh menjauhkan dia dari mengingati Allah. Nota kaki yang ditampal pada board nya masih disitu walau selepas setahun berlalu. Dia jadikannya sebagai peringatan jika dia mula luntur semangat.

Dia rasa bersyukur. Allah bantu usahanya. Makin waktu berlalu, fikirannya sudah mula melupakan insan yang bergelar Si Baju Merah itu. Dia sematkan dalam hatinya, dia ingin menjadi hamba yang taat terlebih dahulu, mahu menggapai Cinta Hakiki sebelum dia pegang cinta manusia.

Berjayakah misinya? Entah, dia juga tidak tahu.
Apa yang pasti, hatinya kini sudah tidak gelisah jika tidak bertemu Si Baju Merah sehari malah tidak lagi hatinya tidak keruan bila insan itu ada di depan mata.

"DO YOU LISTEN TO ME ?"
Hanis mencemik. Mengelamun lagi kawan aku nih.

Miftah tersentak. "Eh, sorry sorry. Apa kau cakap tadi?"

"Miftah ni... bukan nak dengar kite cakap"
Hanis buat muka manja.

"Sorry dear. What did you say?"
"Kak Suraya nak jumpa kau"
"EH? Kak Suraya datang kolej ke?"
"Aah, dia mesej aku. Katanya dia call kau tak dapat, fon kau mati eh?"

Miftah melihat telefonnya. Aduh, terlupa nak charge.
"Jom"
"Nak gi mana?"
"Jumpa Kak Suraya lah"


Miftah memeluk erat kakak yang disayanginya itu. Walapun baru bertemu semalam, tetapi sudah terasa rindu itu, apatah lagi mereka akan berpisah untuk sekian lama.

"Dah rindu dah kat akak tau"
Kak Suraya tersengih.

"Iya, akak tahu.."

Mereka berbual panjang, mengisi kerinduan dan mengambil nasihat untuk masa depan. Masa berlalu tanpa mereka sedari, membawa mereka ke titik perpisahan.

"Okay lah, akka dah lambat ni. Malam ni naik bas balik kampung"
"Ala akak, nak balik dah ke?"
"Ya sayangku."
Kak Suraya mencuit pipi Miftah, membuatnya tersengih manja.

"Oh ya, I got something for you"
"Me?"
"Nah. Nanti dah tenang fikiran, buka dan baca okay?"
Sepucuk surat dihulur kepada Miftah.

"La, saya takde ke?"
Hanis buat muka.

"Em, awak saya bagi pelukan lah"
Kak Suraya memeluk Hanis erat, disertai Miftah. Usai tu, mereka berpisah sehingga suatu masa untuk dipertemukan lagi.

"Surat apa tu?"
Kepala Hanis terjengah-jengah ke tangan Miftah.

"Eh eh, dia pulak excited ya. Entah, amanat Kak Suraya kot"
"Oh ok. Kenapa kena tenangkan fikiran dulu eh?"

Soalan Hanis dibiarkan berlalu, dalam fikiran Miftah, dia juga tertanya tanya, surat apa ni?

No comments:

Post a Comment

Thanks for dropping your comments. Tick on 'Notify Me' to get notified on any replies for you :)